PUTRAJAYA : Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) pada Jumaat lepas.
"Perubahan jawatan berkenaan adalah sebahagian daripada pertukaran beberapa jawatan penting yang diputuskan dalam mesyuarat SPP.
"Pengumuman lanjut melibatkan pertukaran beberapa jawatan Ketua Polis Negeri akan dibuat oleh Urusetia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui di Putrajaya, pada Sabtu.
Saifuddin berkata, sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim telah diumumkan sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman yang baharu.
"Justeru SPP telah memutuskan Mohd Shuhaily bagi mengisi jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu.
"Pengarah JSJN yang baharu juga akan diumumkan oleh Urusetia PDRM," katanya.
Pada 14 Mac lalu, Urusetia PDRM mengumumkan pelantikan Azmi sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan susulan persaraan wajib penyandang jawatan itu sebelum ini, iaitu Datuk Seri Zaini Jass pada 9 Mac lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 02 2023

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar fail BERNAMA

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.

JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

JSJ Bukit Aman laksana audit teliti statistik kontinjen seluruh negara
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan menjalankan audit terhadap prestasi bahagian siasatan jenayah kontinjen negeri di seluruh negara.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.

Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.

Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.

GISB: Tiada halangan ibu bapa semak keberadaan kanak-kanak yang diselamatkan
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd boleh bertanyakan keberadaan anak mereka menerusi semakan dengan pihak polis.

Kecurian elektrik: PDRM kaji beza kerugian tahunan TNB, kaitan perlombongan bitcoin
PDRM mengkaji punca perbezaan kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Bhd (TNB) akibat kecurian bekalan elektrik dan kaitannya dengan pasaran bitcoin.

Polis, pihak berkuasa agama sediakan syor tangani usaha hidupkan semula fahaman GISB
Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran serta fahaman dibawa GISB tidak dihidupkan semula.