BANTING: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan, hasil persiapan awal agensi itu.
Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk menubuhkan pasukan bertindak bagi mengendalikan pusat pengumpulan stok ikan dalam usaha memastikan bekalan bahan mentah itu tidak terputus.
"Kita telah tubuhkan pasukan bertindak untuk melihat kepada keperluan bekalan ikan. Kita tahu akan berhadapan dengan monsun, kita lihat bagaimana rantaian bekalan ikan itu sentiasa ada dan kita ada stok simpanan dan di LKIM sendiri kita ada bilik beku," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kuala Langat, di sini hari ini.
Faiz turut menyampaikan bantuan 'Touch Point' dan peralatan penangkapan ikan berjumlah RM36,000 kepada 50 nelayan, meliputi jaket keselamatan, tong ikan, peti pertolongan cemas, lampu jaring dan bakul makanan.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Selasa ini hingga November dan rantau atau pesisir negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.
Monsun Timur Laut dijangka membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.- Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.

Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.

LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.

Belanjawan 2025: Tambahan peruntukan bukti komitmen kerajaan bela nasib nelayan - LKIM
Nelayan tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan, malah soal kebajikan komuniti terbabit sentiasa diambil berat dan diberi keutamaan.

Belanjawan 2025: LKIM harap belanjawan pacu transformasi sektor perikanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia harap Belanjawan 2025 dapat menjadi pemangkin kepada transformasi sektor perikanan.

LKIM kaji semula keluasan kawasan PNK
LKIM akan mengkaji semula persempadanan kawasan PNK sebagai usaha menambah baik pengurusan dan penyampaian perkhidmatan setiap PNK kepada nelayan.

Belanjawan 2025: LKIM harap kerajaan teruskan inisiatif, bantuan kepada nelayan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada nelayan sebelum ini dalam Belanjawan 2025.

LKIM sasar 32,000 pemilik bot daftar MyIsytihar tahun depan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan kesemua pemilik bot nelayan seluruh negara mendaftar dalam aplikasi MyIsytihar LKIM menjelang akhir 2025.

Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

LKIM saran anak nelayan kuasai kemahiran jadi tekong, persediaan guna bot besar
Muhammad Faiz berkata terdapat pusat latihan untuk melatih anak-anak nelayan itu menjadi tekong berkemahiran.