Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menyemarakkan perkembangan ilmu astronomi di Kelantan dengan pembinaan balai cerap pertama di Kampung Kubang Rawa, Salor, di sini.
Ketua Pengarah ANGKASA, Dr Noordin Ahmad berkata balai cerap tersebut dilengkapi peralatan teleskop bernilai RM250,000 dan dilaksanakan menerusi projek Inovasi Sosial MOSTI (MSI) dengan kerjasama Persatuan Astronomi (Falak) Amatur Negeri Kelantan.
"Ia adalah projek ketiga di bawah MSI selepas pembinaan kemudahan sama di Balai Cerap Persatuan Sabah 'Stargazer' dan pembangunan Online Solar Observatory untuk masyarakat Orang Asli di Dengkil, Selangor, " katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan projek tersebut di sini hari ini.
Hadir sama, Presiden Persatuan Falak (Amatur) Kelantan, Prof Dr Mahomarawi Omar.
Noordin berkata balai cerap bersaiz 800 kaki persegi itu dilengkapi empat sistem teleskop, kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) yang telah disesuaikan untuk pengimejan astrofoto, ruang pencerapan dan ruang pembelajaran.
Katanya, melalui projek itu komuniti di negeri ini terutamanya pelajar dan peminat astronomi dapat mempelajari bidang astronomi moden melalui teori dan praktikal daripada pencerapan serta bengkel yang akan dikendalikan oleh persatuan berkenaan.
Sementara itu, Mahomarawi berkata minatnya yang mendalam dalam bidang astronomi mendorong beliau membuka mini balai cerap di rumahnya di Kubang Kerian sejak 1992 sebelum berpindah ke kediaman baharunya di Kampung Kubang Rawa.
Beliau berkata selepas balai cerap mininya mendapat sambutan menggalakkan, beliau telah memohon bantuan geran MSI melalui persatuan yang ditubuhkan bagi menambahbaik kemudahan sedia ada.
Mahomarawi, yang juga pakar bius di sebuah hospital swasta itu, berkata beliau telah membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk kelengkapan balai cerap mininya sebelum ini termasuk 20 buah teleskop.
"Dengan terbinanya balai cerap baharu ini, saya berharap usaha berkenaan akan dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman berhubung bidang astronomi, sekali gus dapat dikembangkan dengan lebih lancar selepas ini,"katanya.
Beliau berkata balai cerap itu akan dibuka kepada orang ramai awal tahun depan susulan proses latihan 15 anggota persatuan sedang dijalankan dan kerja-kerja penambahbaikan balai tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017

Balai cerap tersebut dilengkapi peralatan teleskop bernilai RM250,000.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Ahli astronomi antarabangsa temui planet baharu 'LTT 9779b'
Penemuan itu direkodkan menerusi Transiting Exoplanet Survey Satelllite (TESS) iaitu sistem yang digunakan bagi pemerhatian ruang angkasa.

Saksikan kemunculan fenomena Supermoon terakhir tahun ini!
Orang ramai berpeluang untuk melihat fenomena bulan purnama dan dijangka akan muncul pada 7 Mei ini pada jam 7.18 petang iaitu apabila bulan mendekati cakerawala.