KUALA LUMPUR: MIMOS Berhad telah membangunkan motosikal Range Extended Electric Vehicle (RE-EV) yang pertama di Malaysia dengan kerjasama Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
MIMOS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan projek RE-EV adalah melalui program High Value-Added and Complex Product Development Programme (HVA), inisiatif kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan sektor pembuatan dalam membangunkan produk bernilai tambah tinggi serta kompleks.
Projek RE-EV yang mengambil masa selama dua tahun itu disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk memberi pengecasan tambahan kepada bateri yang boleh memanjangkan jarak perjalanan.
"Jika dibandingkan dengan EV hibrid di mana kedua-dua ICE dan motor elektrik dijadikan sistem drivetrain, RE-EV pula ialah sebuah sistem yang lebih ringkas, di mana ia tidak memerlukan rantai pemacu untuk memutar roda.
"Ini akan mengurangkan kerisauan penunggang ketika memandu jarak jauh kerana genset akan diaktifkan apabila tenaga bateri sedia ada menurun di bawah ambang tertentu," menurut kenyataan itu.
Motosikal RE-EV yang disempurnakan bulan lepas itu dibangunkan dengan penggunaan bateri boleh ditanggalkan yang juga boleh disokong dengan pertukaran bateri.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Dr Iskandar Samad berkata geran kerajaan seperti HVA terbukti mampu membantu industri dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pengkomersialan dalam sektor ekonomi bernilai tinggi, terutamanya untuk perusahaan Malaysia dengan menawarkan banyak peluang ekonomi.
"Pembangunan motosikal RE-EV ini diharapkan dapat menjadi pendorong utama industri kenderaan dua roda bukan sahaja di pasaran domestik, malah pasaran serantau." katanya.
Selain motosikal RE-EV, MIMOS juga telah menyempurnakan dua lagi projek di bawah geran HVA iaitu Application Specific Integrated Circuit (ASIC) dengan kerjasama Oppstar Technology Sdn Bhd dan Asset Optimisation Leveraging on IIOT Technologies for O&G Industry dengan kerjasama Neu Zenith Sdn Bhd yang berjaya disiapkan pada April 2021.
ASIC ialah sebuah projek mereka bentuk harta intelek (IP) dengan klasifikasi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pemain industri semikonduktor dengan menyediakan IP ASIC yang boleh disepadukan ke dalam set cip AI semikonduktor mereka dan menyediakan klasifikasi AI pada cip data raya.
Projek IIOT Technologies for O&G Industry pula, MIMOS membangunkan Sistem Pemerolehan Data berasaskan IOT Tanpa Wayar untuk Persekitaran Kasar (iDASH) untuk mengukur pelbagai parameter seperti getaran, akustik dan suhu dalam persekitaran yang kasar seperti minyak dan gas.
Menurut kenyataan itu, MIMOS komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan pemain industri dalam menjayakan projek bagi memacu industri dan perniagaan Malaysia ke arah automasi dan pendigitalan bagi membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara selain memperkasakan industri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Motosikal RE-EV itu dibangunkan dengan penggunaan bateri boleh ditanggalkan yang juga boleh disokong dengan pertukaran bateri. - Gambar/ MIMOS

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Kerjasama MIMOS lahir ahli R,D & C negara
Kerajaan melalui MIMOS memperuntukkan hampir RM3.5 bilion bagi memperkasa penyelidikan,pembangunan dan pengkomersialan (R,D & C) dari Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9) sehingga Ogos 2013.