KUALA LUMPUR: Isu-isu berkaitan memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dimuktamadkan dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ke Jakarta, Indonesia, Isnin ini.
Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata, beliau dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia Ida Fauziyah bagi memuktamadkan perkara itu supaya MoU tersebut dapat ditandatangani pada 7 dan 8 Februari ini di Bali, Indonesia.
"Ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2022 agar satu lawatan diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pemeteraian MoU tersebut.
"Isu-isu utama berkaitan dengan MoU tersebut berhubung One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI telah pun disepakati menerusi siri rundingan antara kedua pihak," katanya.
Beliau berkata MoU terdahulu telah ditandatangani Menteri Sumber Manusia pada 2006 di Bali dan protokol bagi meminda MoU berkenaan telah ditandatangani di Bandung, Indonesia pada 2011.
Saravanan berkata pertemuan itu akan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga dalam siri lawatan kerja ke Indonesia minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

Saravanan dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah bagi memuktamadkan perkara itu. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.

YNS peruntuk lebih RM3 juta Anugerah Siswazah Kelas Pertama
Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.

38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023 - Steven Sim
Steven Sim berkata, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia pada tahun 2023 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja.

Pegawai Kesuma diminta turun ke setiap negeri, dengar masalah pekerja - Sim
Steven Sim berkata ia selaras dengan aspirasi 3K Kesuma iaitu untuk meningkatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.

Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.

Projek rintis Dasar Gaji Progresif disasar dilaksana sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
Kementerian Sumber Manusia akan membuat penilaian dan pelarasan bagi perkara berkaitan pelaksanaan projek rintis tersebut.

Akta Kerja 1955 benarkan pekerja mohon aturan kerja anjal - SIM
Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.

Kerjasama kerajaan, pemain industri penting supaya Malaysia kekal berdaya saing - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar kerajaan, pemain industri dan semua pihak terus memberikan keutamaan kepada pembelajaran sepanjang hayat untuk rakyat.

NHCCE 2023 bakal jadi himpunan terbesar pengamal sumber manusia Asia Tenggara
Dengan tema 'Menjana Pertumbuhan, Menginspirasi Perubahan', edisi kali ini adalah lanjutan edisi 2022 yang mendapat sambutan menggalakkan.