KLUANG: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang giat menghasilkan baka baharu kelapa sawit berketinggian 20 kaki bagi memudahkan pekebun kecil menuai hasil tanaman komoditi berkenaan.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata meskipun pokok baka baharu itu lebih rendah ketinggiannya berbanding kelapa sawit asal yang mencecah 40 hingga 50 kaki, namun kualiti buah sawit dan hasil minyaknya masih sama.
"Berdasarkan rekod, kebanyakan pekebun kecil merupakan golongan warga emas.
"Dengan adanya baka baharu sawit yang rendah ini kita harap ia dapat membantu memudahkan mereka menuai sendiri (hasil) memandangkan sebelum ini ada yang mengupah pekerja asing.
"Pada masa sama MPOB sedang melakukan kajian bagi menghasilkan pengeluaran minyak sawit yang lebih banyak terhadap baka baharu berkenaan," katanya pada sidang media selepas Program Jom Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Peringkat Negeri Johor di Simpang Renggam di sini pada Ahad.
Sementara itu, menurut Wee sehingga kini 87 peratus pemilik kebun kelapa sawit memiliki sijil MSPO, manakala hanya sekitar 39 peratus pekebun kecil persendirian memiliki sijil berkenaan.
Katanya sijil berkenaan amat penting bagi memastikan produk sawit yang dihasilkan oleh ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan kilang pemprosesan minyak sawit adalah mampan dan dapat diterima di pasaran global.
"Tiada masalah dengan pemilik kebun yang besar seperti estet dan ladang tersusun seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) kerana mereka telahpun mempunyai sijil MSPO, namun yang bermasalah adalah golongan pekebun kecil.
"Justeru itu, untuk tahun ini kita akan melaksanakan kempen kesedaran bagi menggalakkan lebih ramai pekebun kelapa sawit memiliki sijil MSPO, kita merancang untuk menguatkuasakan undang-undang pemilikan sijil berkenaan pada tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021
Sehingga kini 87 peratus pemilik kebun kelapa sawit memiliki sijil MSPO, manakala hanya sekitar 39 peratus pekebun kecil persendirian memiliki sijil berkenaan. - BERNAMA
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.
MPIC sedang giat hasilkan baka sawit 20 kaki - Wee
MPIC melalui MPOB sedang giat menghasilkan baka baharu kelapa sawit berketinggian 20 kaki bagi memudahkan pekebun kecil menuai hasil tanaman komoditi berkenaan.
MPIC akan hantar surat rayuan kedua mohon Sabah benarkan operasi industri sawit
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan menghantar surat rayuan kedua kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Perintah Kawalan Pergerakan: 6 soalan lazim yang ditanya pada MPIC
Berikut soalan-soalan lazim yang ditujukan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.