SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi Unit Vektor, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP), akan meneliti semula tatacara pengurusan pusat kurungan anjing bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya juga tidak memandang remeh soal kebajikan anjing yang telah mereka tangkap, hasil maklumat dan laporan orang awam.
Kenyataan itu menyatakan semua anjing yang ditangkap itu dijaga di pusat kurungan dengan diberi makan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang dengan makanan khas, serta ditempatkan di tempat bersesuaian sepanjang berada dalam kurungan.
"Tempat kurungan tersebut turut dibersihkan secara berjadual, bagi mencegah jangkitan kutu dalam kalangan haiwan di dalam pusat kurungan itu.
"MPKL turut menambah baik pengurusan pusat kurungan supaya lebih teratur dari segi jadual pembersihan dan pengendalian tatacara pemberian makanan kepada anjing-anjing yang ditangkap, malah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), untuk mengambil dan menjaga haiwan tersebut," menurut kenyataan tersebut.
MPKL memaklumkan mereka menerima 270 aduan dengan purata 22 aduan sebulan pada tahun 2022 dan dalam tempoh itu 1,153 ekor anjing ditangkap dengan kebanyakannya anjing yang berpenyakit, tidak terurus dan kurang nutrisi.
Dalam pada itu, MPKL turut menyambut baik kesudian beberapa NGO yang berminat untuk mengambil haiwan yang ditangkap pihaknya, untuk ditempatkan di pusat perlindungan haiwan mereka.
PBT tersebut turut menyeru orang awam agar tidak membiarkan anjing peliharaan bersendirian dan terbiar di jalanan dan sebaliknya boleh menghubungi serta menghantar haiwan peliharaan kepada NGO yang mempunyai tempat perlindungan untuk haiwan-haiwan tersebut.
Terdahulu tular beberapa keping gambar anjing yang kurus dan kelihatan tidak terurus di pusat kurungan haiwan yang didakwa bawah kendalian MPKL.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Semua anjing yang ditangkap dijaga di pusat kurungan dengan diberi makan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang dengan makanan khas, serta ditempatkan di tempat bersesuaian sepanjang berada dalam kurungan. - Gambar hiasan/Unsplash

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.

Tanah runtuh: Kenderaan awam dilarang naik ke Bukit Jugra
Pengguna jalan raya tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke Bukit Jugra, Kuala Langat berkuat kuasa pada Isnin hingga akhir tahun ini susulan tanah runtuh di kawasan lereng bukit.

Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai
Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting ditutup kepada orang awam dan peniaga sehingga 2 Julai depan.

MPKL teliti semula tatacara pengurusan pusat kurungan anjing
Pihaknya juga tidak memandang remeh soal kebajikan anjing yang telah mereka tangkap, hasil maklumat dan laporan orang awam.

Tiga syarikat didenda RM1,800 buang sampah secara haram
Tiga syarikat itu, yang diwakili wakil masing-masing, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan majistret.

Fenomena air pasang: Masih ada pengunjung degil datang ke pantai - MPKL
Skuad Pantas MPKL terpaksa memberikan amaran secara lisan dan meminta pengunjung segera beredar dari Pantai Morib dan Jeti Tanjung Sepat.