KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan menangguhkan pewartaan tampalan, cecair dan gel nikotin dikecualikan daripada Akta Racun 1952.
Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang dalam temu bual Astro AWANI ketika diminta mengulas mengenai perkara itu pada Sabtu.
Jelasnya, Rang Undang-Undang (RUU) baharu mengenai kawal seliaan nikotin dalam cecair rokok elektronik atau vape perlu dibentangkan dan diluluskan dahulu di Dewan Rakyat sebelum sebarang pengecualian dibuat.
"Pada saya eloklah perkara ini ditangguhkan dulu sehingga Rang Undang-Undang (RUU) tersebut, sepatutnya telah dibentangkan diluluskan Parlimen tahun lalu. Ini menjadi kegusaran kepada kami.
"Dinyatakan bahawa RUU ini akan dibentangkan pada bulan Mei, itu bulan depan. Apa beza sangat dalam masa dua bulan sampai tak boleh tunggu," jelasnya.
Tambahnya, keputusan dibuat kerajaan itu amat mengecewakan MPS, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan kesihatan yang sebelum ini berjuang untuk kemaslahatan rakyat.
"Kita dan rata-rata masyarakat serta pengguna sangat kecewa kerana seruan kami buat untuk kemaslahatan kebaikan rakyat, khususnya bagi golongan muda dan generasi muda negara.
"Kita dapat melihat suara kami diketepikan dan dikecualikan, maka nikotin tidak lagi dikawal di bawah Akta Racun, jadi Akta mana yang ada sekarang yang akan mengawal bahan racun ini," ujarnya.
Terdahulu, kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan Nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimiter berkuatkuasa hari ini.
Notis pewartaan Kerajaan Persekutuan itu dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan turut mewartakan tampalan, cecair dan gel nikotin untuk bantu menghentikan tabiat merokok, serta cecair vape dikecualikan daripada Akta Racun 1952.
Fareez Azman
Sat Apr 01 2023

Amrahi berkata, kerajaan disarankan menangguhkan pengecualian nikotin dari Akta Racun 1952, sebaliknya menunggu sehingga Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan di Dewan Rakyat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MPS minta kerajaan tangguh kecualikan nikotin dari Akta Racun 1952
RUU baharu mengenai kawal selia nikotin dalam cecair rokok elektronik perlu dibentang dan diluluskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat.

Lazada bekerjasama dengan MPS pastikan pembelian produk kesihatan lebih terjamin
Kerjasama strategik ini bakal memangkin visi ke arah merealisasikan pembentukan ekosistem eDagang yang berteraskan kepercayaan yang kukuh dalam kalangan para pengguna.

MPS beli minyak masak terpakai RM1.50 sekilogram
Program tersebut dilaksanakan sepanjang Ramadan di bazar terpilih melalui pembukaan reruai kitar semula MPS.

Peragut gagal lolos ditangkap orang ramai
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang untuk permohonan reman pada Jumaat.

Persatuan Farmasi Malaysia persoal penjualan kit ujian COVID-19 di MySejahtera
Menurut Presiden MPS Amrahi Buang, penjualan kit ujian hanya menerusi satu platform adalah tidak adil bagi industri farmasi komuniti.

Pasar Tamu Mingguan Sibu Jalan Indah ditutup
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) memutuskan untuk menutup Pasar Tamu Mingguan Sibu di Jalan Indah bermula esok.

LUAS ambil tindakan tangani segera pencemaran bau Sungai Kuang
Usaha itu dilakukan secara bersepadu melibatkan LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

12 tab mandi di Kolam Air Panas Selayang diroboh
Aktiviti itu terbongkar hasil aduan awam dan Ahli Majlis MPS selepas pembinaan dilakukan dalam kawasan di bawah pentadbiran MPS dibuat tanpa sebarang permohonan.

10 individu ditahan ugut pegawai kanan MPS
Mereka bertindak menyimbah cat merah dan membakar mercun di rumah pengarah terbabit dalam dua kejadian pada 28 April dan 13 Mei lalu.

Seremban dimasyhur sebagai bandar raya Januari 2019
Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang akan dimasyhur tahun depan.