LIPIS: Tiga cedera termasuk dua warga emas parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Benta dekat sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pada jam 12 tengah hari itu, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena, yang juga seorang guru beralamat di Kuarters Institusi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Bukit Belah, Kelang mengalami kecederaan sakit di bahagian pinggang.
Kejadian tersebut juga menyebabkan bapanya, berusia 69 tahun, yang duduk hadapan di sebelah kiri mengalami kecederaan patah tulang rusuk kanan manakala ibunya, 72, yang duduk di bahagian belakang kereta, patah paha kanan.
Sementara itu, ibu saudara pemandu, 66 tahun, yang duduk di belakang tidak mengalami kecederaan. Kesemua mereka berasal dari Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kemalangan itu melibatkan kereta jenis Nissan Serena dengan sebuah lori kontena muatan habuk kayu jenis Volvo yang dari Kampung Kerambit, Lipis.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, punca kemalangan apabila kereta Nissan Serena dari arah Kuala Lumpur dipercayai telah terbabas dan memasuki laluan lori berkenaan lalu menyebabkan berlaku perlanggaran.
"Pemandu dan penumpang kenderaan MPV yang mengalami kecederaan telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Lipis untuk rawatan, manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata, kesemua mangsa yang cedera telah menerima rawatan susulan di Unit Kecemasan Hospital Lipis dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan berselekoh, berturap dan cuaca baik. Kedua-dua kenderaan telah dialihkan serta-merta dan tidak menghalang lalu lintas," katanya.
Ujarnya, pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati dan berwaspada di Jalan Benta-Lipis yang merupakan laluan utama Kuala Lumpur ke Kelantan, selain menggalakkan agar pengguna berhenti rehat bagi mereka yang membuat perjalanan yang jauh.
Norfarhiza Mohd Atar
Sun Oct 02 2022

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan MPV yang remuk akibat bertembung dengan lori kontena di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta berdekatan R&R Benta, Lipis pada Sabtu.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.