KUALA LUMPUR: Peruncit pembaikan rumah MR DIY Group (M) Bhd telah dimasukkan sebagai salah satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI untuk menggantikan pembuat sarung tangan getah Supermax Corporation Bhd.
FTSE Russell dan Bursa Malaysia Bhd dalam satu kenyataan bersama semalam berkata perubahan itu dibuat berikutan kajian separuh tahunan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, yang dilakukan mengikut peraturan asas indeks berkenaan.
"Senarai rizab FTSE Bursa Malaysia KLCI yang terdiri daripada lima juzuk tertinggi indeks mengikut permodalan pasaran adalah Westports Holdings, QL Resources, Supermax, Kossan Rubber dan Inari Amertron," katanya.
Senarai rizab itu akan digunakan jika satu atau lebih konstituen dinyahkan daripada FTSE Bursa Malaysia KLCI mengikut peraturan asas indeks dalam tempoh sehingga kajian separuh tahun akan datang.
Katanya, Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 menyaksikan lima konstituen baharu iaitu DO Green Technologies, Greatech Technology, Hong Leong Industries, Supermax dan UMW Holdings manakala Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah menerima MR DIY Group dan Press Metal Aluminium Holdings.
Akan ada 39 inklusif dan lima pengecualian bagi Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS, memperluaskan bilangan konstituen kepada 316.
"Syarikat yang baru dimasukkan juga akan dinilai prestasi, pendedahan tadbir urus sosial dan korporat (ESG) mereka selaras dengan Model Penarafan FTSE4Good dalam kitaran semakan seterusnya," katanya.
Syarikat yang memenuhi kriteria kemasukan dengan menangani dan meletakkan langkah-langkah bagi mengurangkan risiko ESG mereka akan dimasukkan ke dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia.
Semua perubahan konstituen akan berkuat kuasa pada 21 Jun 2021 dan kajian seterusnya akan berlangsung menjelang Disember tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021

Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah menerima MR DIY Group dan Press Metal Aluminium Holdings.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai
Muhammad Hafiz mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.