Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kekal relevan khususnya dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada Bumiputera yang berpendapatan rendah, selain berpegang pada objektif melahirkan pelajar terbaik kepada negara ini.
Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia (Ansara) Datuk Kamarul Redzuan Muhamed berkata, semenjak ia ditubuhkan pada 1972, graduan MRSM sehingga 2016 mencecah 212,000 orang.
"MRSM masih kekal dengan objektif asal ketika penubuhannya iaitu menambah bilangan Bumiputera profesional yang mampu bersaing dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan.
"MRSM telah dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan dari luar bandar sejajar dengan keperluan Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 tahun 1966 yang menjadikan MRSM sebagai usaha MARA untuk mencapai matlamat di dalam bidang latihan dan pendidikan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: MARA utamakan pelajar B40, M40 luar bandar masuki MRSM
BACA: Petronas bantu pembangunan infrastruktur Sabah, bina MRSM dan asrama
Kamarul berkata demikian ketika mengulas khabar angin di media sosial yang mengatakan MRSM tidak lagi memfokuskan objektif asal penubuhan khususnya mengenai pengambilan pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan rendah.
Jelasnya, setelah 47 tahun penubuhan MRSM, perbezaan demografi, peratus kemiskinan di luar bandar dan bandar memungkinkan pelajar di bandar diambil kira untuk kemasukan pelajar ke di dalam 53 MRSM seluruh negara.
"Juga diambil kira adalah golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar tidak lagi berada di dalam kelompok ekonomi yang sama.
"Penambahan bilangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai alternatif selain daripada MRSM bagi pengambilan pelajar dari golongan sasar juga membolehkan pelajar dari bandar memasuki MRSM," ujarnya,
Kamarul yang melalui sistem pendidikan yang berprestij itu pada tahun 1985 menambah, Ansara akan berkerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui pelbagai cara bagi mengenal pasti ketepatan maklumat tidak benar yang tersebar di media sosial menganai MRSM.
"Persepsi negatif terhadap MRSM bakal mengundang keresahan masyarakat terutama golongan bumiputera berpendapatan rendah.
"Saya yakin kemampuan MRSM melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera di negara ini bagi meneruskan agenda pembangunan negara," katanya.
Wan Syamsul Amly
Sun Nov 05 2017

KAMARUL : Persepsi negatif terhadap MRSM bakal mengundang keresahan masyarakat terutama golongan bumiputera berpendapatan rendah. - Gambar fail

MWC 2025: Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Mohamad Fauzi berkata Malaysia terus komited untuk memanfaatkan kemajuan teknologi bagi merapatkan jurang digital dan meningkatkan keterhubungan.

Pertamina mohon maaf, janji reformasi tadbir urus susulan siasatan rasuah
Susulan siasatan oleh Pejabat Peguam Negara berhubung dakwaan rasuah membabitkan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan Pertamina.
AWANI 7:45 [3/3/2025] – Wang tunai RM170 juta,16 kg jongkong emas | Panggil dalam masa terdekat | Elak kegusaran | Pukul dan bakar ibu
Ismail Sabri kini suspek, bukan lagi saksi.
SPRM panggil 10 lagi saksi kes rasuah ubah wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Keputusan Kabinet bukan hanya untuk menteri, sampaikan kepada rakyat, kata PM.
Hanya sebab ibu tutup suis televisyen, anak OKU bunuh dan bakar ibu.
SPRM panggil 10 lagi saksi kes rasuah ubah wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Keputusan Kabinet bukan hanya untuk menteri, sampaikan kepada rakyat, kata PM.
Hanya sebab ibu tutup suis televisyen, anak OKU bunuh dan bakar ibu.
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.
Agenda AWANI: Kumpulan MBI Selangor | Pemacu pertumbuhan ekonomi & kemakmuran negeri
Sejauh mana potensi dan strategi Kumpulan MBI Selangor memacu perkembangan ekonomi, pembangunan kapasiti dan tadbir urus lestari? Bagaimana adaptasi inovasi dan teknologi mencipta peluang dan manfaat kepada rakyat Selangor? Diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

FEAR cabar gadis 'gamer' tunjuk skil, lebih berani
Kejohanan FEAR menjadi memberi peluang kepada gadis-gadis 'gamer' tunjuk skill sedia ada.

Ansara yakin kempen derma darah capai 50,000 pain tahun ini
Ansara yakin sasaran 50,000 pain darah menerusi Kempen Derma Darah Pra-Ramadan persatuan itu mampu dicapai tahun ini.