Sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibina di Perak selepas yang pertama di kawasan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tapak untuk MRSM PDRM itu juga sudah dibeli dan tender pembinaannya akan dikeluarkan pada Jun ini.
Katanya, ia merupakan langkah kebajikan yang mengutamakan anak-anak polis sama seperti MRSM untuk tentera.
"Saya berhasrat untuk menubuhkan sebuah MRSM PDRM di Perak, tanahnya sudah dibeli dan tender pada Jun ini. Ia akan didirikan di atas tanah seluas 50 ekar," katanya semasa sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.
Pada majlis itu juga Ahmad Zahid mengumumkan bantuan sebanyak RM100,000 masing-masing untuk naik taraf surau dan gereja di PGA Kuching.
Selain itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan bantuan sebanyak RM50,000 untuk program Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kuching.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan, pihaknya akan menerapkan kaedah pemodenan polis yang merangkumi kemudahan kediaman bagi seluruh pasukan di bawah PDRM.
"Ia aspek kebajikan selain mengubah suai beberapa ibu pejabat kontinjen dan ibu pejabat polis daerah.
"Walaupun kita sedar ada kekangan kewangan tetapi pihak kementerian akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua kemudahan ini," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Mon May 02 2016

Kata Ahmad Zahid, pembinaan MRSM PDRM merupakan langkah kebajikan yang mengutamakan anak-anak polis sama seperti MRSM untuk tentera. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Buli di MRSM: Siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman - Asyraf Wajdi
Siasatan menyeluruh perlu dilaksana terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes buli di MRSM.

Golongan T20 hantar anak ke MRSM untuk belajar erti kesusahan
-Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah."

Tiada amalan kabel, mesti lulus UKKM untuk ke MRSM - Asyraf Wajdi
MRSM tidak berkompromi dengan sebarang rayuan atau 'amalan kabel' untuk menempatkan pelajar yang gagal ujian berkenaan bagi menjamin kualiti produk MRSM.

Kes buli MARA: Tiada kompromi terhadap pelajar terlibat - Asyraf
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah institusi itu yang terlibat dengan kes buli dan pukul.

COVID-19: MRSM Muar ditutup seminggu
Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Kemasukan MRSM kekal untuk pelajar semua aliran - Mahdzir Khalid
Kerajaan setuju kekalkan dasar pengambilan pelajar ke MRSM tanpa mengira aliran sekolah.

Mukhriz kongsi gambar kenangan berbuka puasa di MRSM
Mukhriz menimbulkan persoalan kepada pengikutnya untuk meneka di manakah dirinya dalam kelompok enam sekawan di dalam gambar berkenaan.

Empat pelajar MRSM menang emas pertandingan robotik antarabangsa
Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand.

Kes curi 86 telefon bimbit pelajar MRSM selesai, suspek diberkas - Polis
Sebanyak 86 unit telefon bimbit, enam unit komputer riba, lima kad pengenalan dipercayai milik pelajar, satu kad pelajar MRSM Pasir Salak dan lima beg hitam dirampas dipercayai barangan curi.

70,000 mohon masuk MRSM, kuota hanya 7,760 - Rina Harun
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah itu adalah besar berbanding kuota maksimum 7,760 yang boleh ditawarkan di 54 buah MRSM seluruh negara.