Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan Peraturan Pekerjaan Darurat yang melarang pembuangan pekerja bagi tempoh tertentu, berikutan penularan COVID-19 yang turut menjejaskan pekerjaan.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon, berkata kerajaan perlu mengemukakan pelan yang tuntas bagi melindungi pekerja daripada dibuang kerja atau dipotong gaji dengan sewenang-wenangnya oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.
"Beberapa badan yang mewakili ahli korporat meramalkan pengangguran akan meningkat kepada ratusan ribu orang tidak lama lagi. Antara yang membuat unjuran sedemikian adalah Persekutuan Majikan Malaysia dan Persekutuan Pengilang Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja hari ini.
J.Solomon berkata mereka yang ditindas merangkumi pekerja warga Malaysia dan juga buruh migran yang sebilangan besar mereka adalah berkeluarga dan miskin tegar.
"Biarlah dalam tempoh PKP ini mahupun selepas PKP berakhir, kebajikan pekerja diberikan keutamaan. Mereka harus memperoleh jaminan upah dan pekerjaan semasa PKP dan keselamatan mereka mesti diutamakan apabila sektor-sektor tertentu mula dibuka semula," katanya.
Sementara itu, Presiden Pembangunan Sumber Manusia bagi Kawasan Luar Bandar Malaysia (DHRRA) Saravanan M. Sinapan berkata golongan pekerja akan terus memainkan peranan penting ketika kita bergerak maju sebagai sebuah negara dalam memerangi COVID-19 dan dalam tempoh fasa pemulihan pasca COVID-19.
"Marilah kita meraikan mereka dan memastikan setiap seorang daripada mereka disediakan perlindungan dan pengiktirafan yang selayaknya, untuk kita bekerjasama mengharungi cabaran ini dan muncul sebagai pemenang dalam krisis ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020
J.Solomon berkata mereka yang ditindas merangkumi pekerja warga Malaysia dan juga buruh migran yang sebilangan besar mereka adalah berkeluarga dan miskin tegar. - Gambar fail
Festival Musim Bunga: Wuhan antara lokasi sambutan
Sebagai bandar persimpangan utama di tengah China, gala itu mempamerkan daya tarikan Wuhan dengan pemandangan kehidupan malam yang sibuk dan meriah di sepanjang Sungai Yangtze.
Deepseek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Kejayaan DeepSeek mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi kerana ia beroperasi dengan hanya sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.
India umum kejayaan pelancaran satelit navigasi ke orbit
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berkata kenderaan pelancar satelit geosegerak (GSLV) yang membawa satelit navigasi NVS-02 berlepas pada 6.23 pagi waktu tempatan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota.
Empat penumpang pesawat Air Busan alami kecederaan
Empat penumpang dilaporkan cedera selepas ekor pesawat Air Busan dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pada Selasa.
Pihak berkuasa India tingkat kawalan keselamatan
Tiada pengumuman rasmi mengenai kematian daripada kerajaan tempatan, lebih daripada dua belas jam selepas rempuhan itu.
Rakyat Syria Mulai Pulang Biarpun Kos Tinggi
Lebih 200,000 pelarian Syria kini mulai pulang ke rumah mereka setelah bertahun-tahun berlindung di kem pelarian.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Tourism Malaysia memulakan pelbagai usaha bagi mempromosikan negeri di wilayah utara khususnya Pulau Pinang bersempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Pembangunan sejagat: Integrasikan pembangunan ekonomi dan manusiawi
Penilaian terhadap sesebuah negara bukan saja terletak pada kemajuan ekonomi tetapi juga falsafah, jati diri dan ketamadunan.
Malaysia, Thailand teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
Jawatankuasa penyelarasan bantu bangun Gaza akan dibentuk
Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.