KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru semua kesatuan sekerja dan pekerja di negara ini supaya memainkan peranan aktif dalam memastikan keselamatan di tempat kerja sempena Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa yang disambut hari ini.
Naib Presiden MTUC Matkar Siwang berkata hal ini ekoran jumlah kemalangan yang membimbangkan yang dilaporkan di pelbagai tempat kerja di seluruh negara, berdasarkan tinjauan MTUC dan maklumat yang diterima daripada pihak yang terlibat berkaitan keselamatan pekerjaan.
"Kesatuan dan pekerja perlu tampil tanpa perlu rasa takut dan pilih kasih dalam mengetengahkan soal persekitaran kerja yang buruk kepada pihak berkuasa penguatkuasaan keselamatan seperti Jabatan Keselamatan Kesihataan Pekerjaan (DOSH), MTUC atau jawatankuasa keselamatan tempat kerja, gesa mereka untuk siasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada Bernama.
Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa disambut pada 28 April iaitu hari memperingati pekerja yang terbunuh, kurang upaya, cedera atau sakit akibat pekerjaan mereka.
Mengulas lanjut, Matkar berkata MTUC juga akan menganjurkan majlis pada 30 April ini sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Pekerja.
Dalam perkembangan lain, beliau menggesa kerajaan supaya menyelaraskan prosedur di seluruh negara bagi kelulusan permit penghantaran pulang jenazah warga asing dengan segera ke negara asal masing-masing.
"Kalau boleh kita minta pihak berwajib selaraskan atau memudahkan prosedur untuk pengeluaran permit bagi urusan penghantaran mayat warga asing tanpa kira hari dan waktu. Penghantaran mayat ini adalah perjalanan terakhir seseorang dan usah kita tangguhkan sebab akan memberikan kesan kepada imej negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan baru-baru ini bahawa pada masa ini permit penghantaran balik mayat warga asing ke negara asal masing-masing hanya dikeluarkan empat hari dalam seminggu iaitu dari Isnin hingga Khamis berbanding tujuh hari hingga tengah malam sebelum ini, sekali gus menghalang kelancaran proses menghantar balik mayat.
Pengarah Urusan KL Funeral Services S. Paramasarathy dilaporkan berkata syarikatnya yang berpengalaman lebih 35 tahun dalam urusan pengebumian dan penghantaran jenazah ke luar negara, ketika ini berhadapan masalah mendapatkan permit pada hujung minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
MTUC akan menganjurkan majlis pada 30 April ini sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Pekerja.
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
HRD Corp: MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih
MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan HRD Corp telus dan bebas daripada unsur-unsur salah guna kuasa.
Ratifikasi Konvensyen C155 tingkat keselamatan, kesihatan pekerja
Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) akan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.
PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.
Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.
Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.
Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC
Ia bagi memastikan pekerja dapat gaji yang bermaruah, kerja yang baik dan faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama.
Hari Pekerja: Teliti langkah penambahbaikan, beri impak menyeluruh - MTUC
Masih ramai pekerja yang tidak tahu hak mereka, justeru sambutan Hari Pekerja beri platform bangkit isu berkaitan.