Muhammad Sanusi Md Nor hari ini dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim pada satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini.
Pengumuman terbabit dibuat susulan peletakan jawatan Mukhriz berkuat kuasa serta merta hari ini selepas hilang kepercayaan majoriti ADUN di Kedah.
"Lanjutan dari peletakan jawatan tersebut, Tuanku Sultan Kedah memperkenan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri sebagai menteri besar baharu.
"Ini kerana, beliau pada hemat baginda telah mendapat sokongan majoriti ADUN mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah," kata Ammar.
BACA: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah berkuatkuasa serta merta
BACA: Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?
BACA: Sokong penuh siapa sahaja MB baharu Kedah - Pemuda UMNO
Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sudah mengadakan perjumpaan dengan semua ADUN pada 15 Mei lalu dan mendapati Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN.
"Baginda telah berkenan menerima peletakan jawatan Mukhriz sebagai menteri besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini selaras dengan Perkara 37(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ammar menjelaskan, upacara pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar baharu akan diadakan jam 3 petang ini di pejabat Sultan Kedah, di sini.
Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah bermula Mei 2018.
Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang ke-11 iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Pelantikan hari ini juga menjadikan Muhammad Sanusi sebagai ADUN Pas kedua menjawat jawatan terbabit selepas kepimpinan Azizan bagi penggal 2008 hingga 2013.
Kerajaan Perikatan Nasional Kedah kini akan mentadbir negeri itu selepas memiliki sokongan 15 ADUN dari Pas, 4 ADUN dari Bersatu-PN, 2 dari Barisan Nasional dan dua ADUN Bebas.
Abdul Hadi Che Awang
Sun May 17 2020

Muhammad Sanusi Md Nor. Gambar fail

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

HUAWEI MATE XT Ultimate Design dilancarkan di Malaysia, tawar teknologi tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

2 pelajar universiti lakukan hubungan sejenis dihukum sebat secara terbuka di Aceh
Sebuah mahkamah di wilayah Aceh pada Isnin menjatuhi hukuman sebat secara terbuka ke atas dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah melakukan hubungan sejenis, kata seorang pegawai.

Penolong jurutera kanan didakwa terima RM270,400 berkaitan kerja rasminya
Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan didakwa menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya.

'Tunggu khabar gembira mengenai Yassin beberapa minggu lagi’ - Azlee
Pelawak senior yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee akhirnya berkongsi khabar gembira mengenai sahabatnya, Yassin Yahya atau Yassin Senario.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
AWANI Ringkas: Logo Halal: KPDN bincang Jakim keperluan naikkan hukuman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.

Sanusi dibenarkan pindah kes menghasut ke Mahkamah Tinggi
Perbicaraan dua kes menyebut perkataan menghasut membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Sesyen Selayang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Muhammad Sanusi dilantik MB Kedah baharu
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim pada satu sidang media hari ini.

Menteri Besar baharu Kedah angkat sumpah esok
Kemelut politik Negeri Jelapang Padi dijangka selesai pada Ahad (esok).