KUCHING: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan kunjungan kedua ke Medan Niaga Satok, yang dirasmikannya sendiri pada 28 Januari 2013 ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Program PRIHATIN dan PENJANA: Walkabout Perdana Menteri ke Medan Niaga Satok itu memberi ruang buat Muhyiddin mendekati dan berinteraksi dengan penerima bantuan PRIHATIN dan PENJANA dengan lebih dekat.
Antaranya Peniaga Hasil Tani, Bobby Anak Kimliang, 34 tahun, antara yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Geran Khas Prihatin (GKP).
Menurut Bobby semasa permulaan pandemik COVID-19, dia takut untuk mengambil tempahan hasil tani yang banyak untuk mengelakkan pembaziran dan kerugian yang lebih besar.
“Dahulu bila nak tempah hasil tani, saya tidak ambil banyak dari pembekal, sebab terlalu kerap sayur rosak, layu dan terpaksa dibuang jika tidak habis dijual.
“Bantuan yang saya dapat ini berjaya memberi semangat dan jalan keluar bukan hanya kepada saya sahaja, malah kepada pembekal dan juga peniaga-peniaga yang mencari makan di sini sejak puluhan tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Gerai Hasil Hutan di Medan Niaga Satok hari ini.
Selain Bobby, Perdana Menteri turut menyantuni beberapa peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang lain antaranya Peniaga Kek Lapis, Mohd Fadhil Aren dan tukang gunting rambut, Mahdi Hasbi juga menerima BPN, BPR, dan GKP.
Untuk rekod terdapat lebih 1,700 peniaga pasar minggu dan pasar tani di kawasan Medan Niaga Satok menerima bantuan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021.
Sementara itu, sejumlah 31,058 peniaga di Sarawak telah menerima manfaat melalui GKP berjumlah RM93.2 juta dan seramai 1.04 juta rakyat Sarawak juga menerima bantuan melalui BPN dan BPR dengan jumlah penyaluran RM1.8 billion.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Apr 02 2021
Tan Sri Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman sempat meninjau hasil tani segar yang dijual di Medan Niaga Satok. - Foto Astro AWANI
Dialog Anak Muda: Sediakan modal insan kalis masa depan, bukan perkenal subjek baharu – Ketua Putera MIC
Ketua Putera MIC Kebangsaan dan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata pembangunan modal insan yang bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa depan adalah lebih mustahak daripada memperkenalkan subjek baharu dalam sistem pendidikan. Jelasnya, belia perlu mempunyai kelebihan beradaptasi dengan pantas mengikut trend industri semasa. #DialogAnakMuda
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Januari 2025
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Dialog Anak Muda: Kalau tak ikut ‘trend’, Hilang kerja
Kepakaran Ai, keselamatan siber dan literasi teknologi antara kemahiran yang dijangka berkembang menjelang 2030.
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Samsung lancar siri Galaxy S25, tetapkan piawaian baharu teknologi AI
Siri S25 terbaharu ini memperkenalkan teknologi True AI Companion, menawarkan pengalaman mudah alih paling intuitif dan peka terhadap keperluan pengguna.
AWANI Sabah+: Sabah peneraju CCUS
Sabah antara empat negeri yang dikenalpasti berpotensi menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) yang bakal memberi manfaat ekonomi buat negeri itu.
Tirai dilabuh, kini terpulang kepada pemimpin dunia
Najib Arof membawakan perkembangan semasa pada hari terakhir Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland dengan pelbagai isu dunia telah dibincangkan, kini terpulang kepada pemimpin dunia untuk laksana dasar.
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.