Dalam tempoh 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sangat kurang berpolitik dan jarang memberikan kenyataan politik.
Sebaliknya, beliau menumpukan lebih banyak usaha dan masa dalam menangani pandemik COVID-19 dan mendepani cabaran ekonomi negara dalam tempoh itu.
Dari segi politik, tindakannya kurang berpolitik sejak dilantik mengetuai pentadbiran negara pada 1 Mac sehingga hari ke-100 pada Selasa, dikatakan menyumbang kepada kestabilan negara walaupun terdapat beberapa drama politik dalam tempoh itu.
Jika disingkap kembali, Muhyiddin dalam satu wawancara dengan RTM dan Astro AWANI pada 25 April lepas, menegaskan rakyat kini sudah muak untuk mendengar cerita-cerita politik.
Penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod melihat Muhyiddin menyerlahkan wataknya yang kurang bercakap tapi cekap bekerja dalam menyampaikan mesej yang cepat dan tepat, kena pada isu semasa dan bukannya cakap kosong atau berjanji politik semata-mata.
Walaupun menjadi Presiden Bersatu, beliau jarang sekali membidas pihak pembangkang walaupun dirinya dan kerajaannya teruk dikritik, katanya.
"Malah beliau berjiwa besar dan masih cuba untuk berdamai dan bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad namun gagal. Ramai menganggap bahawa ini adalah gerak taktikal dalam politik namun itulah karakter Muhyiddin dan cara beliau sering menenangkan suasana yang panas," katanya.
Geostrategis Azmi Hassan berkata negara memerlukan pemimpin yang luar biasa untuk berdepan dengan cabaran luar biasa.
"Ciri sebegini amat penting untuk dimiliki oleh seorang Perdana Menteri bukan sahaja dalam keadaan menghadapi pandemik tetapi juga senario kemelut politik tanpa ada kesudahannya termasuk cabaran usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin," katanya.
Kalau disulami laman sosial media Muhyiddin pula, umum pasti akan melihat taburan gambar, poster dan video berkaitan isu semasa dan antarabangsa yang dikupasnya, dengan jarang sekali beiau menyentuh isu politik.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn, Dr Mohd Akbal Abdullah berkata hal ini kerana, sepak terajang dalam dunia politik seakan telah sebati dalam darah Muhyiddin baik daripada kawan mahupun lawan sekali gus menjadi tonik untuk kekal fokus mentadbir negara dan bukannya bermain politik semata-mata.
"Kemahiran unggul beliau ialah cepat menyedari kebaikan kawan dan kelebihan lawan. Dengan keadaan begini beliau akan dihargai kawan dan disanjungi lawan," katanya.
Seorang pemerhati politik, Ayatullah Helme Mohd Hanafi, yang juga Pengarang Akhbar Wilayahku berkata Muhyiddin cuba melakukan yang terbaik dalam segala kepayahan dan kekangan kerana politik yang tidak stabil.
"Sungguh pun beliau jarang keluar televisyen, tetapi aura beliau terasa tiap kali muncul, beliau membawa figura bapa-bapa, selalu ingin yang terbaik untuk keluarga walaupun ada masa 'anak-anak' tidak faham," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020

Muhyiddin teramat jarang memberikan kenyataan politik. - Gambar fail
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.

Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.

COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.

UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.

COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).

COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.

COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.

COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.

COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.