KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat salah guna kuasa dalam pentadbiran badan itu.
Yang Dipertua MUIS Datuk Yahya Husin berkata laporan pada 28 Mac lepas itu dibuat untuk siasatan lanjut kerana tuduhan kepada pihak MUIS tidak berasas dan merupakan suatu fitnah.
"Pihak MUIS sentiasa terbuka terhadap sebarang proses siasatan oleh pihak berkuasa sama ada daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Hal ini untuk memastikan imej dan integriti MUIS dalam urusan pentadbirannya kekal bersih tanpa ada sebarang unsur salah guna kuasa seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yahya berkata Surat Tuntutan Peguam telah dihantar kepada penyebar tuduhan itu semalam yang antara lain isi kandungannya menuntut suatu permohonan maaf secara terbuka kepada pihak MUIS dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, beliau berkata saman akan difailkan serta-merta terhadap penyebar tuduhan terbabit bagi menuntut keadilan.
Baru-baru ini, tular dalam laman media sosial mengenai dakwaan seorang pegawai kanan MUIS telah membuat arahan pembayaran bonus kakitangan dengan menggunakan Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.
Dakwaan itu turut mengatakan bahawa pegawai kanan terbabit mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) sebanyak RM14 juta, juga tanpa proses kelulusan.
Dalam pada itu, Yahya berkata pembahagian wang zakat tahun lepas menunjukkan jumlah kutipan sebanyak RM141,181,101.74 yang dibahagikan kepada golongan asnaf sebanyak 91,060 penerima.
"Penerima terdiri daripada golongan fakir (41.1 peratus), fisabilillah (17.9 peratus), al-Riqab (17.6 peratus), golongan miskin (11.1 peratus), amil (sembilan peratus), mualaf (2.8 peratus), al-Gharimin (0.3 peratus) dan Ibnu Sabil (0.2 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
![MUIS buat laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa MUIS buat laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712125190_HAJIYAHYAjpg.jpg)
Yahya berkata laporan itu dibuat untuk siasatan lanjut kerana tuduhan kepada pihak MUIS tidak berasas dan merupakan suatu fitnah. - Foto MUIS
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![MUIS buat laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa MUIS buat laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712125190_HAJIYAHYAjpg.jpg)
MUIS buat laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat salah guna kuasa dalam pentadbiran badan itu.
![MUIS sasar kutipan zakat sebanyak RM90 juta tahun ini MUIS sasar kutipan zakat sebanyak RM90 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41606468358_ZakatSabahMUIS.jpg)
MUIS sasar kutipan zakat sebanyak RM90 juta tahun ini
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyasarkan kutipan zakat tahun ini sebanyak RM90 juta khususnya daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
![COVID-19: Pusat Zakat Sabah beri bantuan khas kepada 9,600 penerima COVID-19: Pusat Zakat Sabah beri bantuan khas kepada 9,600 penerima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600845298_DatukMohdArifinMo.jpg)
COVID-19: Pusat Zakat Sabah beri bantuan khas kepada 9,600 penerima
PZS akan memaklumkan kepada penerima dengan dibantu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JAHEINS.
![16 ajaran dan fahaman difatwa sebagai sesat di Sabah 16 ajaran dan fahaman difatwa sebagai sesat di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81502186132_DatukMohdAriffinM.jpg)
16 ajaran dan fahaman difatwa sebagai sesat di Sabah
Antara ajaran sesat itu ialah Ajaran Qadiani; Al-Arqam; Hizbut Tahrir; Millah Abraham; Syiah; Tal Tujuh; Tarikat Hasaniah; Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyah; Nasrul Haq; Zikir Hasan Rimau.