Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik status ibadah haji Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mungkin terlupa anaknya, Datuk Seri Mukhriz juga pernah mencalonkan 20 jemaah bagi menyertai program yang sama.
Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Program berkenaan, Datuk Jailani Ngah menyifatkan tuduhan melulu bekas perdana menteri itu hanyalah bermotifkan politik semata-mata.
Beliau berkata majoriti mufti dan ulama di negara ini telah membantah sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana mabrur atau tidak haji seseorang itu hanya ditentukan Allah SWT sahaja.
"Tidakkah Tun Dr Mahathir terfikir kenyataannya itu mengguris hati anak-anak dan isteri, kerana ada bapa atau suami mereka yang telah menunaikan haji dalam program khas ini meninggal dunia semasa di Mekah dan selepas pulang ke tanah air, dipersoalkan status mabrur arwah?.
"Mungkin Tun Mahathir terlupa, sepanjang anaknya (Mukhriz) menjadi Menteri Besar Kedah, 20 orang telah pun menyertai program khas haji ini sejak 2013 hingga awal 2016," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Haji Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB 2017, yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.
Jailani turut mendesak Dr Mahathir menjawab persoalan sama ada status ibadah haji yang dicalonkan Mukhriz itu mabrur ataupun tidak, serta reaksi daripada 20 jemaah terbabit.
Sementara itu, pada tahun ini, 110 imam, bilal dan pemimpin masyarakat dari Terengganu akan menyertai program khas haji itu.
Ditanya sama ada program berkenaan masih mendapat sambutan selepas Dr Mahathir membuat tuduhan itu, Jailani yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, berkata pihaknya menerima lebih 2,000 pencalonan berbanding kuota ditetapkan sebanyak 1,100 jemaah.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terjejas walau sedikit pun dengan tuduhan itu, malah ini cabaran untuk memastikan program berkenaan terus berjalan lancar agar memberi manfaat kepada lebih ramai umat Islam untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dengan lebih cepat secara percuma.
"Hasrat Perdana Menteri hanya satu...mahu semua imam, bilal dan pemimpin masyarakat yang belum mengerjakan haji agar melaksanakannya dalam tempoh pemerintahannya sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan negara," katanya.
Pada tahun ini juga, program tajaan haji itu akan diperluaskan kepada penghulu atau penggawa, pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan wakil pejabat Mufti di seluruh negara.
Sejak program khas berkenaan diperkenalkan pada 2011, sebanyak 4,611 imam, bilal dan pemimpin masyarakat telah mengerjakan haji menerusi tanggungjawab sosial korporat 1MDB itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017

Datuk Seri Mukhriz pernah mencalonkan 20 jemaah haji Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB - Gambar hiasan

Caruman i-Saraan berjumlah RM2.6 bln pada 2024 - Amir Hamzah
Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024.

Hubungan dengan gadis bawah umur, Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan
Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China
Porsche melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 30.3% kepada €3.6 bilion pada 2024.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
"Saya ada rasa hormat yang tinggi terhadap Xi Jinping" - Trump
Walaupun tarif baru ke atas import keluli dan aluminium ke AS mula berkuat kuasa, Presiden Donald Trump mengatakan beliau ada rasa hormat yang tinggi terhadap Presiden China, Xi Jinping.
"Tiada sesiapa usir rakyat Palestin dari Gaza" - Trump
"Tiada sesiapa yang akan mengusir rakyat Palestin dari Gaza", itu ujar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump walaupun sebelum ini beliau sendiri yang mencadangkan agar AS mengambil alih Gaza dan mengubahnya menjadi sebuah "Riviera" di Asia Barat.
"Jika ini takdir saya, maka biarlah begitu" - Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan pesanan kepada rakyat Filipina semasa dalam perjalanan ke The Hague.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.

MAINJ diminta semak semula senarai penerima zakat fitrah - Exco Agama
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) diminta membuat semakan semula senarai penerima zakat fitrah di negeri ini.
[TERKINI] Kanak-kanak ‘diculik’ bersama kereta curi, suspek panik dan lari
Di Setia Alam, seorang guru tadika berdepan situasi mencemaskan apabila keretanya dicuri dengan anak sulungnya yang berusia enam tahun masih di dalamnya.
Kejadian berlaku ketika beliau menghantar anak keduanya ke pusat asuhan.
Kejadian berlaku ketika beliau menghantar anak keduanya ke pusat asuhan.

Meta disaman penerbit, penulis buku di Perancis disebabkan AI
Dalam kes yang masih dibicarakan, Meta mengaku gunakan karya penulis bersaiz sekurang-kurangnya 81.7TB yang dicetak rompak menerusi Torrent.
Siti Nurhaliza terharu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui terkejut dengan pemilihan lagu Anta Permana oleh Putera Charles di sepuluh carta teratas dari The King’s Music Room yang disiarkan oleh Apple Music 1.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.