KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited memberi pendidikan untuk semua termasuk murid berkeperluan pendidikan khas (MPBK) sehingga mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM, Rodiah Idris, mereka akan sentiasa mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang dan ketidakupayaan melalui bidang pendidikan dan kemahiran.
“KPM menyediakan dua aliran peluang pembelajaran kepada MBPK, iaitu aliran akademik dan kemahiran.
“Kami telah menghasilkan empat jenis kurikulum yang bersesuaian dengan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
“Antaranya Kurikulum Kebangsaan dan yang telah diubah suai oleh Ketua Pendaftar iaitu kurikulum berdasarkan ketidakupayaan MBPK,” katanya.
Menurutnya, subjek yang diubah suai termasuk Bahasa Melayu (Suaian) untuk MBPK Pendengaran dan Pendidikan Jasmani (Suaian) dan Pendidikan Kesihatan untuk MBPK Penglihatan.
Namun, ia tidak terhenti di situ, kerana KPM turut komited menyediakan kurikulum berbentuk kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang melayakkan MBPK memperoleh SKM.
“KPM menyediakan peluang kepada MBPK untuk mendapatkan SKM melalui pembelajaran dalam bidang kemahiran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Kolej Vokasional Keningau.
“Manakala MBPK di Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah menengah harian biasa juga berpeluang mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia secara modular,” katanya lagi.
Menurut KPM, terdapat enam kategori MBPK yang menjadi perhatian mereka bagi menyediakan peluang pendidikan termasuk Ketidakupayaan pendengaran, Ketidakupayaan penglihatan, Ketidakupayaan pertuturan dan Ketidakupayaan fizikal.
Ia juga termasuk dengan masalah pembelajaran (merangkumi murid Sindrom Down, Autisme, Attention Defect Hyperactive Disorder atau ADHD serta ketidakupayaan pelbagai.
Rodiah turut memaklumkan kepada Astro AWANI sehingga 31 Julai 2023, jumlah keseluruhan MBPK adalah seramai 112,746 orang, dan pihaknya komited membantu murid ini agar tidak keciciran pendidikan dan diberi peluang pekerjaan.
“MBPK yang tamat persekolahan di sekolah KPM mempunyai pelbagai kemahiran yang dapat membantu mereka menceburi bidang pekerjaan bersesuaian dengan kehendak pasaran masa kini.
“KPM berharap agar pihak industri awam atau swasta memberi peluang kepada MBPK dalam bidang pekerjaan sebagai rakyat Malaysia yang boleh turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” tambahnya lagi.
Bagi ambilan tahun 2024, KPM telah membuka permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula 10 September hingga 7 November 2023 yang lalu secara dalam talian melalui https://epkhas.moe.gov.my/.
Permohonan ini terbuka kepada MBPK yang ingin ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Kolej Vokasional Keningau.
Manakala bagi MBPK yang ingin ke PPKI permohonan boleh dikemukakan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah berhampiran.
Zikry Halim
Thu Nov 02 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited memberi pendidikan untuk semua termasuk murid berkeperluan pendidikan khas (MPBK) sehingga mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia
KPM mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang dan ketidakupayaan melalui bidang pendidikan dan kemahiran.

KPM perincikan jenis sukan untuk silibus Sekolah Sukan Pendidikan Khas
KPM sedang memperincikan jenis sukan yang sesuai dengan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) bagi silibus Sekolah Sukan Pendidikan Khas (SSPK).