KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyaksikan peningkatan kemasukan murid Bumiputera hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun daripada 11.67 peratus pada 2014, kepada 18.52 peratus tahun ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam jawapan bertulis di laman Parlimen, menyatakan kemasukan murid bukan Bumiputera di SJKC pula menunjukkan penurunan bagi tempoh sama daripada 88.33 peratus kepada 81.48 peratus.
Trend sama direkodkan bagi kemasukan murid bukan Bumiputera di Sekolah Kebangsaan (SK) yang menurun daripada 6.19 peratus pada 2014 kepada 4.88 peratus pada 2024, manakala kemasukan murid Bumiputera ke sekolah berkenaan untuk tempoh sama meningkat daripada 93.81 peratus kepada 95.12 peratus.
"Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), terdapat peningkatan enrolmen murid Bumiputera daripada 0.38 peratus pada 2014 kepada 0.49 peratus tahun ini, dan kadar murid bukan Bumiputera di SJKT adalah sekitar 99 peratus untuk tempoh sama," menurut KPM.
Selain itu KPM memaklumkan sehingga 31 Mei tahun ini, jumlah murid di sekolah antarabangsa adalah seramai 88,951 orang dengan 29,225 atau 32.9 peratus daripadanya bukan warganegara, manakala 59,726 (67.1 peratus) adalah warganegara, merangkumi 19.9 peratus Bumiputera dan 80.1 peratus bukan Bumiputera.
KPM berkata kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa turut merekodkan peningkatan 34 peratus dari tahun 2019 ke 2024, dan dalam tempoh itu enrolmen murid Bumiputera turut meningkat 49.4 peratus dan murid bukan Bumiputera meningkat 30.6 peratus.
Kenyataan itu dikemukakan bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang ingin tahu statistik bilangan dan peratusan pelajar di sekolah-sekolah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyaksikan peningkatan kemasukan murid Bumiputera hampir sekali ganda dalam tempoh 10 tahun. - Gambar hiasan/Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Sejumlah 26 SJKC yang dicadangkan sedang dikaji
Kementerian Pendidikan akan mengkaji cadangan untuk membina 10 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina, menjadikan jumlah kesemuanya 26 buah sekolah seumpama itu.