KOTA KINABALU: Siasatan awal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendapati murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya di sini yang mengalami keracunan makanan pada Isnin lepas memakan nasi lemak sekitar 9.50 pagi pada hari berkenaan.
Bagaimanapun Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan terlibat masih dalam siasatan.
Beliau berkata 103 murid berusia enam hingga 12 tahun di sekolah itu mengalami gejala muntah, cirit-birit dan sakit perut dengan lapan kes dimasukkan ke wad, manakala 95 kes dirawat sebagai pesakit luar.
"Tindakan kawalan telah dilaksanakan termasuk memberi rawatan bersesuaian, menjalankan pengesanan kes secara aktif dan pendidikan kesihatan kepada individu terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Asits berkata pihaknya turut melakukan pengambilan sampel makanan, minuman dan persekitaran bagi pengesahan punca kejadian.
Beliau turut menasihatkan orang ramai antaranya supaya sentiasa menjaga kebersihan dengan membasuh tangan dengan air dan sabun sebelum mengendalikan makanan, kawasan dapur bebas serangga, makhluk perosak dan haiwan lain serta memasak makanan dengan sempurna.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan di sekolah berkenaan dengan kejadian dikesan sekitar 12 tengah hari pada Isnin lalu apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Murid SK Pulau Gaya yang mengalami keracunan makanan pada Isnin didapati memakan nasi lemak sekitar 9.50 pagi pada hari berkenaan. - Gambar hiasan

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Murid SK Pulau Gaya, Sabah makan nasi lemak sebelum alami keracunan makanan
Siasatan awal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mendapati murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya di sini yang mengalami keracunan makanan pada Isnin lepas memakan nasi lemak.

JPNS sahkan 90 murid keracunan makanan
Kejadian itu dikesan sekitar jam 12 tengah hari apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.