Catuan bekalan air wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan yang paras empangannya berada pada lingkungan 50 peratus berikutan musim kering yang dijangka melanda negara sehingga Mei ini.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S. Piarapakaran berkata ini bagi memastikan bekalan air mentah sedia ada akan terus dapat bertahan dalam tempoh yang lebih lama.
"Langkah ini juga adalah bagi mengawal penggunaan air secara berlebihan kerana apabila berlaku catuan, secara automatik pengguna pun akan meminimakan penggunaan air dalam aktiviti seharian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Malaysia dijangka mengalami musim kering sehingga Mei ini dengan Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan akan merekodkan hujan kurang daripada 25 peratus purata hujan tahunan bagi tempoh April-Mei ini.
Tiga empangan merekodkan storan kapasiti dalam lingkungan 50 peratus iaitu Empangan Muda di Kedah (58.97 peratus) serta dua empangan di Johor iaitu Machap (55.61 peratus) dan Sembrong (54.07 peratus).
Menjelaskan lanjut, beliau berkata perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum sebarang tindakan catuan dilaksanakan seperti memberi notis sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal kepada pengguna bagi mengelakkan 'penggunaan panik' di kalangan mereka.
Ditanya sama ada perlu atau tidak kerajaan mengumumkan darurat dan seterusnya menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006, beliau berkata pihaknya melihat tiada lagi keperluan ke arah itu setakat ini memandangkan situasi masih terkawal.
"Sekiranya margin air mentah mencapai tahap 40 peratus, mungkin ia (darurat) boleh dipertimbangkan... bagaimanapun setakat ini kita belum pernah lagi umum 'darurat air'," katanya.
WSIA adalah kuasa khas semasa kecemasan berkaitan penggunaan sumber air yang diberikan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli .
Seksyen 56 akta itu antara lain memberi kuasa kepada menteri berkenaan untuk menghalang penggunaan air secara umum atau untuk kegunaan tertentu, mengehadkan penggunaan dan pengeluaran air pada waktu tertentu, dan mengenakan caj tambahan ke atas penggunaan yang melebihi had yang telah ditetapkan. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 24 2019

Musim kering dijangkan berpanjangan sehingga Mei ini.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kerajaan perlu siap sedia hadapi kemungkinan berlaku fenomena El Nino - AWER
AWER mengetengahkan isu-isu yang mesti dipertimbangkan supaya Malaysia bersedia menghadapi corak cuaca bermusim ini.

SPAN digesa siasat isu gangguan bekalan air di Langkawi
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyiasat isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku di Langkawi.

Isu air Selangor: Rakyat perlu tahu isu sebenar, beri tekanan kepada kepimpinan
Mereka perlu menjalankan tanggungjawab sebaiknya atau berdepan hukuman ditolak rakyat daripada kerusi kuasa mereka.

Hargai alam sekitar, wang tidak boleh kembalikan alam kepada bentuk asal
Tema Biodiversiti dengan slogan 'Waktunya Untuk Alam', memperlihatkan kepentingan kepelbagaian biologi sebagai aset dunia yang sangat bernilai untuk kesejahteraan manusia sejagat.

Musim kering: Wajar pertimbang catuan air - AWER
Catuan bekalan air wajar dilaksanakan di kawasan-kawasan yang paras empangannya berada pada lingkungan 50 peratus berikutan musim kering yang dijangka berpanjangan sehingga Mei ini.

Struktur semula air dengan segera, baru mudah laksana GTMP - AWER
Kata pengerusinya, S.Piarapakaran, struktur industri air perlu disusun semula supaya lebih efisyen dan tidak berlaku 'dua kerja' dalam fokus KeTTHA untuk laksana penggunaan air kumbahan terawat.

Guna pendingin hawa tapi mahu jimat bil elektrik? Ikuti 5 panduan asas ini
Ini tip serta saranan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bagi membantu menjimatkan bil elektrik anda.

El-Nino: Beri insentif kepada pemaju bangunan cekap tenaga - AWER
Kerajaan disaran memberikan insentif kepada pemaju dan pemilik bangunan yang membina bangunan cekap tenaga.

KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak telus dalam penetapan tarif elektrik - AWER
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mendakwa KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak telus dalam penetapan tarif elektrik.

AWER persoal keengganan Selangor mulakan catuan air
Keengganan kerajaan Selangor itu seolah-olah menunjukkan ia begitu yakin musim hujan pasti bermula bulan depan.