KUALA LUMPUR: Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada Rabu ini (20 Okt) akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengatur muzakarah itu bagi mendengar taklimat penilaian risiko semasa COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Saya percaya suatu keputusan demi maslahah umum akan dapat dicapai dan berharap aktiviti masjid dan surau khususnya solat berjemaah seperti sediakala akan dibenarkan dengan SOP tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Idris berkata semua ahli muzakarah yang terdiri daripada mufti negeri serta ahli-ahli yang dilantik dalam kalangan pakar turut dijemput hadir dalam muzakarah itu.
Pada Jumaat lepas, Arab Saudi mengumumkan solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini (17 Okt).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
![Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat jemaah - Idris Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat jemaah - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634222981_solatsolatjenazah.jpg)
Muzakarah Khas Jawatankuasa MKI pada Rabu ini akan membincangkan isu SOP mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728377712_TBTokMat.jpg)
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
![Ini 11 garis panduan, SOP untuk umat Islam diwujudkan sepanjang PKP Ini 11 garis panduan, SOP untuk umat Islam diwujudkan sepanjang PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591956793_solatjumaattereng.jpg)
Ini 11 garis panduan, SOP untuk umat Islam diwujudkan sepanjang PKP
Garis panduan itu adalah hasil Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang telah berlangsung tujuh kali semasa PKP lalu.
![Kertas cadangan kebenaran solat berjemaah akan dibincang dalam Muzakarah Khas Kertas cadangan kebenaran solat berjemaah akan dibincang dalam Muzakarah Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81588835579_solatjumaat.jpg)
Kertas cadangan kebenaran solat berjemaah akan dibincang dalam Muzakarah Khas
Kertas cadangan mengenai SOP kebenaran bagi melaksanakan ibadat solat secara berjemaah akan dibawa serta dibincangkan di peringkat Muzakarah Khas.