KUALA LUMPUR:Syarikat perkhidmatan e-hailing MyCar meminta pihak agensi berkaitan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak dan Sabah, melonggarkan prosedur Pembatalan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP).
Pengasas dan Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Noah pada masa sama berharap pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengaitkan pembaharuan cukai jalan dengan EVP dan status kenderaan e-hailing.
Jelasnya, MyCar mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pihak pemandu yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan disebabkan ketiadaan EVP.
"Keadaan ini menimbulkan ketidakpuasan hati para pemandu e-hailing yang terpaksa melakukan pembatalan EVP dan penukaran status kenderaan mereka dari Kenderaan E-Hailing (EH) kepada Kenderaan Persendirian (AH) sebelum dibenarkan untuk memperbarui cukai jalan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Rabu.
Malah, keadaan diburukkan lagi sekiranya pihak operator E-Hailing (EHO) seperti MyCar tidak membeli EVP dalam jumlah yang mencukupi atau dengan jumlah yang sama seperti tahun yang sebelumnya.
"Syarikat pengendali e-hailing seperti MyCar terpaksa mengurangkan jumlah pengambilan EVP disebabkan kesan pendemik COVID-19 yang teruk tahun ini dengan pengurangan jumlah tempahan sehingga 85 peratus dari jumlah tempahan yang biasa hampir enam bulan," tambahnya lagi.
MyCar juga berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengurangkan harga kos permit EVP yang bernilai RM115 dengan potongan sebanyak 50 peratus bagi menggalakkan syarikat pengendali e-hailing membeli lebih banyak EVP.
Ia sekali gus memberikan pemandu peluang mendapat EVP setiap syarikat serta boleh memandu secara sah dan berlesen.
"MyCar mengharapkan kajian dan pelaksanaan perlu dilakukan secepat mungkin ketika ini kerana prosedur yang janggal ini sangat membebankan pemandu e-hailing untuk memperbaharui cukai jalan apatah lagi kenderaan e-hailing mereka juga digunakan untuk kegunaan harian seperti urusan harian keluarga dan pelbagai hal persendirian sebagaimana kenderaan persendiriaan yang lain-lain," ujarnya.
Astro Awani
Wed Dec 16 2020

MyCar dakwa terima banyak rungutan dan aduan daripada pihak pemandu yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan disebabkan ketiadaan EVP. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah
MyCar mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pihak pemandu yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan disebabkan ketiadaan EVP.

Aplikasi baharu didakwa curi data, pelanggan dan perniagaan MyCar
Pihak berkuasa diharap mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat aplikasi kerana didakwa mencuri data, pelanggan dan perniagaan, MyCar.

Pemandu tawar seks kepada penumpang, MyCar buat laporan polis
MyCar telah membuat laporan polis terhadap salah laku pemandunya yang dikatakan menawarkan khidmat seks kepada seorang penumpangnya.