KUALA LUMPUR:Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menawarkan pengecualian fi bagi beberapa permohonan cap dagangan dan paten sedia ada, bermula 1 Jan hingga 30 Jun tahun ini.
Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata pengecualian bagi tempoh enam bulan itu diberikan kepada syarikat dan individu yang terkesan akibat COVID-19.
"Inisiatif ini ditawarkan kepada kumpulan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Nasional atau pendapatan terjejas.
"Bagi syarikat perkongsian, persatuan, pertubuhan perbadanan atau institusi pula, adalah yang memperoleh kelulusan penyambungan moratorium, mempunyai masalah aliran tunai dan menghadapi keberhutangan dan kesulitan membuat pembayaran hutang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata pengecualian fi cap dagangan akan diberikan bagi pindaan nama atau alamat pemohon, yang mana kos sebenar berjumlah RM20 untuk setiap permohonan.
Katanya, pengecualian turut diberikan kepada permohonan pelanjutan masa dan prosiding yang membabitkan kos sebenar sebanyak RM100 setiap bulan selain pemfailan dokumen secara manual di mana kos sebenar dikenakan berjumlah RM2 bagi setiap muka surat.
"Pengubahsuaian fi bagi pembaharuan lewat cap dagangan yang tempoh pendaftarannya tamat antara 1 Jan hingga 30 Jun 2021, turut dikurangkan daripada RM1,200 kepada RM1,000 sahaja.
"Bagi paten pula, setiap pemilik paten dan perakuan bagi Perbaharuan Utiliti yang tamat tempoh antara 1 Jan hingga 30 Jun 2021, diberikan tempoh enam bulan bagi bayaran pembaharuan tanpa dikenakan fi surcaj kelewatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

Menurut Mohd Roslan, pengecualian bagi tempoh enam bulan itu diberikan kepada syarikat dan individu yang terkesan akibat COVID-19. - fotoMyIPO
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MyIPO cadang daftar ikan celup tepung harta intelek Terengganu
MyIPO menyarankan Kerajaan Negeri Terengganu atau entiti berkaitan supaya mendaftarkan produk makanan ikan celup tepung sebagai harta intelek.

Tipu pelaburan lebih RM85 juta: Bekas perunding syarikat kewangan diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Ahmad Azwan Aboo Mansor, 54.

Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO
Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal MyIPO.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.

Guna AI hasilkan kandungan dilindungi akta hak cipta, boleh dikenakan tindakan - MyIPO
Hal ini kerana semua harta intelek di negara ini dilindungi di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Proses sijil dan notifikasi hak cipta kini hanya 30 minit - MyIPO
Copyright to You (CR2U) dibangunkan untuk mempercepat proses pensijilan dan notifikasi hak cipta bagi memastikan pemilik hak cipta mendapat perlindungan dengan lebih efisien.

JKKN daftar 43 karya inspitari dengan MyIPO
Inspitari memberi peluang kepada koreografer JKKN seluruh Malaysia menghasilkan karya baharu dalam tarian.

MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.

KPDN adakan perbincangan kaedah pembahagian royalti artis
Beberapa siri perbincangan jawatankuasa bertindak bagi isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air dilaksanakan KPDN khususnya dalam meneliti kaedah pembahagian royalti.