PUTRAJAYA: Had masa maksimum dua jam bagi pelanggan di premis peruncitan akan dipantau menerusi aplikasi MySejahtera apabila mereka mendaftar masuk ke premis, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Katanya, aplikasi MySejahtera akan menunjukkan rekod masa masuk secara tepat dan ia akan memudahkan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahupun pihak premis membuat pemantauan sekiranya perlu.
Had maksimum dua jam untuk pelanggan di premis peruncitan termasuk pusat beli-belah diumumkannya semalam, serentak dengan arahan untuk pemilik premis peruncitan mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa mengikut keluasan premis dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.
Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) itu adalah susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berkuat kuasa esok, (25 Mei).
"KPDNHEP turut memohon pemilik premis untuk menggunakan kaedah masing-masing untuk mematuhi SOP ini, dengan mengingatkan pelanggan premis agar mengikuti arahan dua jam ini," kata Nanta dalam sidang media secara maya hari ini.
Nanta berkata, pegawai penguat kuasa KPDNHEP dengan kerjasama pemilik premis akan turut memantau tempat tumpuan yang dikenal pasti secara rawak untuk memastikan rakyat mematuhi SOP berkenaan.
"Pembeli dinasihatkan merancang dengan bijak mengenai aktiviti membeli-belah mereka dengan mengawal tempoh pembelian sekali gus dapat membantu mengurangkan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara," katanya.
Ditanya mengenai sesetengah individu yang membawa kanak-kanak dalam pusat beli-belah, Nanta berkata SOP jelas mengatakan bahawa golongan itu 'tidak digalakkan' masuk premis dan bukannya 'tidak dibenarkan' kerana kerajaan faham permasalahan yang dihadapi rakyat.
"Contohnya mungkin ada ibu atau bapa tunggal yang perlu membawa anak mereka bersama. Kalau boleh tinggalkan mereka pada saudara terdekat boleh berbuat demikian dan elakkan bawa masuk premis," katanya.
Nanta dalam pada itu berkata 'dine in' dalam kenderaan tidak dibenarkan dan tiada SOP berkenaan aktiviti terbabit.
Menurutnya, idea menikmati makanan dalam kenderaan bersama keluarga mungkin timbul kerana larangan 'dine in' dalam premis akibat PKP namun buat masa ini, tiada keputusan baharu mengenainya dibuat.
Menurut laporan yang disiarkan dalam talian hari ini, premis makanan yang menyediakan layanan 'dine-in' dalam kereta adalah melanggar SOP dan tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan layanan sedemikian.
Laporan itu memetik Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail sebagai berkata sebuah premis makanan di Miri dikompaun pada Jumaat kerana menyediakan perkhidmatan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021

Aplikasi MySejahtera akan menunjukkan rekod masa masuk secara tepat dan ia akan memudahkan pemantauan oleh anggota KPDNHEP mahupun pihak premis. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.

Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.