KUALA LUMPUR: ‘Jangan marahkan nyamuk, kelambu habis dibakar.’ ‘Jangan menang sorak tetapi kampung tergadai.’
Kedua-dua perumpamaan ini memberikan suluhan kepada rakyat Malaysia bagaimana ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan tidak membiarkan kebencian terus berleluasa.
Menurut Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, terdapat tiga nilai besar yang perlu dihadam oleh rakyat Malaysia iaitu, faham, hormat dan terima antara satu sama lain agar dapat hidup secara berdamping secara berterusan.
“Seperti titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, ‘pisang jangan dibiarkan berbuah dua kali’ dan ini memberi pengajaran yang berterusan agar keharmonian negara dapat dijaga dan tidak digugat segelintir pihak yang masih memainkan kebencian yang tidak baik untuk masa depan negara,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelancaran kempen #MZB365 oleh beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan media yang menyeru rakyat Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik-agama dengan rahmah setiap hari.
Ini susulan perpaduan negara diuji dengan kontroversi apabila beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dikesan dijual di salah satu cawangan KK Mart di ibu negara.
Sebahagian besar Masyarakat Islam menganggap ia sebagai satu penghinaan yang amat besar dan bertindak memboikot kedai serbaneka tersebut.
Malah, terdapat tiga serangan terhadap premis KK Mart di Bidor, Perak; Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak.
Sivamurugan menegaskan, eksploitasi dan manipulasi ke atas isu-isu 3R (agama, kaum, raja) harus dihentikan dengan segera.
Beliau turut berharap rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan tertinggi kepada pihak berkuasa untuk menghukum mereka yang memainkan isu 3R dan tidak mengambil tindakan yang boleh mengheret panjang isu tersebut sehingga menjejaskan keharmonian negara.
Selain itu, Sivamurugan menggesa pemimpin memainkan peranan masing-masing untuk meningkatkan nilai-nilai kebaikan yang mampu menyuburkan perpaduan.
“Garis itu harus ditonjolkan supaya kewibawaan pemimpin juga menampakkan keinginan untuk memastikan perkara-perkara tertentu yang dilarang dari segi agama dan etnik itu ditegah, tetapi dalam masa yang sama meningkatkan nilai-nilai kebaikan di sebalik nilai keagamaan, kepercayaan ritual masing-masing,” katanya.
Selain itu, Sivamurugan berkata, perpaduan merupakan satu aset dan nilai keunikan yang ada pada Malaysia, justeru ia harus dipelihara dan diperkukuhkan untuk memastikan Malaysia diiktiraf kewibawaannya di peringkat serantau dan global.
Jelasnya, kerencaman pelbagai agama, budaya dan bangsa membolehkan rakyat saling mengenal sekali gus membina hubungan yang unik di Malaysia.
“Negara ini unik, negara ini istimewa, rencam dengan pelbagai bangsa. Kita dilahirkan bersuku-suku, berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain.
“Sudah pasti Kempen #MZB365 ini penting untuk kita amati, cerna dan hadam supaya ia dapat perkukuhkan perpaduan, bukannya kita nak menidakkan nilai akidah, sahsiah atau akhlak, tetapi untuk membolehkan kita bergerak ke hadapan,” ujarnya.
Sivamurugan menambah, kesemua mereka yang bergelar rakyat Malaysia terikat untuk mematuhi perundangan perlembagaan manakala mereka yang melanggar dan melontarkan sifat kebencian adalah wajar untuk dihukum.
“Pemimpin atau orang biasa sekalipun semuanya termaktub dalam perlembagaan rukun negara dan juga perundangan kita.
"Kita tidak boleh terkeluar daripada asas negara ini dibina. Mereka yang melanggar (undang-undang) harus dihukum dan mereka yang melontar sifat-sifat berbaur kebencian juga harus menghentikan persengketaan.
“Ini masanya untuk kita meningkatkan nilai-nilai kebersamaan dan juga memastikan tidak ada pihak yang menyalah gunakan ruang yang boleh melahirkan pemisahan bukannya usaha untuk pengukuhan,” katanya.
Sivamurugan berkata, semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kerharmonian perpaduan negara dan ia bukan terletak kepada bahu pihak tertentu sahaja.
Apa yang penting, tambahnya, rakyat Malaysia boleh beriltizam dan mengambil iktibar dalam apa jua serangan kebencian perpaduan dan menjadikannya sebagai satu pengajaran agar ia tidak berulang lagi.
Afiezy Azaman
Sun Apr 07 2024

Sivamurugan berkata, kerencaman pelbagai agama, budaya dan bangsa membolehkan rakyat saling mengenal sekali gus membina hubungan yang unik di Malaysia. - Gambar fail

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.

#MZB365: Projek SAMA cadang mekanisma pelbagai parti urus isu ketegangan kaum
Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang perlu dikuatkasakan sebaik-baiknya dalam menangani isu yang sensitif.

#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.

Kempen #MZB365: Terapkan perasaan rahmah, lawan provokasi etnik-agama
Kempen #MZB365 menggesa setiap rakyat di negara ini melawan provokasi etnik-agama dengan pendekatan saling memaafkan dan bersikap rahmah.