SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memperluas kawasan penanaman padi sehingga 50 ekar di Londah dekat sini bagi meningkatkan pengeluaran beras di negeri, sekali gus mengurangkan import.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Bakri Sawir berkata ketika ini ia dalam proses perancangan pengairan bersama Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) negeri dengan kerja pembersihan tanah akan dimulakan dalam masa terdekat.
"Ia juga selari dengan dasar kerajaan sebelum ini yang mahukan pengeluaran padi tempatan sebanyak 75 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Saya rasa tahun ini kita selesai proses penebasan dan pembersihan, sebab kawasan itu masih lagi terbiar dan semak samun setakat ini.
"Kita juga melihat kelestarian bekalan air untuk tanaman itu, sebab kita risau bila dah bina segala kemudahan dan sebagainya, sumber air untuk mengairi tanaman pula tidak mencukupi. Kita perlu teliti betul-betul sumber air kekal dan tambah kawasan pengeluaran makanan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Negeri di sini.
Beliau berkata pembukaan kawasan baharu untuk penanaman padi itu bukan sahaja meningkatkan keterjaminan makanan malah dapat membuka peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat, dan Negeri Sembilan juga berhasrat menjadi antara negeri pengeluar padi untuk negara.
Mengakui banyak sawah padi terbiar seperti di Jelebu, Kuala Pilah dan beberapa daerah lagi, Bakri berkata ia mungkin disebabkan masalah pengairan yang berkurangan akibat daripada pembukaan hutan untuk rancangan tertentu selain masalah cuaca dan modal serta pembangunan sektor lain.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) untuk tanaman sayur-sayuran, kontan dan napier di kawasan seluas 100 ekar di Gemas dalam waktu terdekat bagi menggalakkan pertanian secara berskala besar, komersial dan berteknologi tinggi.
Sementara itu Bakri berkata kerajaan negeri sedia mencari kawasan tanah atau gudang lama untuk dijadikan kawasan penanaman menegak (vertical farming) sebagai alternatif bagi menampung keperluan makanan pada masa akan datang.
Bagaimanapun menurutnya Negeri Sembilan masih mempunyai banyak tanah terbiar dan ia bukanlah keutamaan pada masa ini, namun langkah itu boleh dilaksanakan akan datang sekiranya tanah makin mengecil berikutan pembangunan.
"Ia bukanlah kaedah baharu tapi boleh difikirkan untuk dilaksanakan di negara ini malah kaedah ini juga sudah popular di Singapura kerana menjimatkan ruang. Vertical farming biasanya melibatkan jenis sayuran bertingkat seperti sawi, bendi dan salad," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Pembukaan kawasan baharu untuk penanaman padi itu juga dapat membuka peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat. - Gambar hiasan

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.

Warta kawasan sumber air antara langkah urus krisis air Sabah - Jeffrey
Sabah akan mewartakan semua kawasan sumber air sebagai langkah proaktif bagi mengatasi krisis bekalan air pada masa akan datang terutama ketika berdepan bencana kemarau.

Pencapaian Program Penanaman Padi tidak memuaskan - LKAN
Pencapaian program penanaman padi di kawasan seluas 416,415 hektar atau 64.3 peratus daripada 647,936 hektar kawasan penanaman padi di seluruh negara tidak memuaskan.

Kerajaan perhebat program SMART SBB ala Sekinchan - Mohamad Sabu
Kerajaan sedang memperhebatkan lagi Program SMART Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Sekuriti makanan: Kerajaan mahu tingkat penanaman padi di Sabah, Sarawak
Kerajaan melihat terdapat keperluan untuk memperluaskan kawasan penanaman padi di Sabah dan Sarawak, dalam usaha membantu meningkatkan bekalan beras, sekali gus menjamin sekuriti makanan negara.

Sarawak mahu belajar proses penanaman padi dari Selangor
Penanaman padi di kawasan Sekinchan, Selangor ketika ini cukup maju.

N. Sembilan perluas kawasan penanaman padi, jamin kelangsungan
Pembukaan kawasan baharu untuk penanaman padi itu juga dapat membuka peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat.

Kedah komited laksana penanaman padi lima kali setiap dua tahun
Kedah komited melaksanakan penanaman padi lima kali setiap dua tahun bagi meningkatkan pengeluaran beras sekali gus mengurangkan import makanan rugi itu.

MAFI pandang serius isu warga Bangladesh, Rohingya terlibat penanaman padi, ubah tanah sawah
Tindakan mengubah tanah sawah kepada kebun sayur-sayuran yang lebih menguntungkan menyebabkan kawasan penanaman padi dalam negara berkurangan.

Perubahan iklim berpotensi jejas sekuriti makanan negara - Pakar
Perubahan cuaca yang berlaku ini juga menyebabkan kemunculan penyakit atau perosak baharu yang sebelum ini tidak pernah ditemukan.