KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan tidak pernah mengedarkan sebarang borang untuk pendaftaran bantuan banjir Monsun Timur Laut (MTL).
Nadma dalam kenyataan hari ini menjelaskan, agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan, sebaliknya semua urusan berkaitan bantuan banjir perlu berhubung dengan pejabat daerah terdekat.
Menurut Nadma, urusan pendaftaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) adalah berdasarkan senarai Ketua Isi Rumah (KIR) yang didaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS, KIR boleh mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat atau di pejabat daerah mengikut lokaliti," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, dilaporkan wujud borang dikatakan berkaitan bantuan banjir menggunakan nama Nadma yang mengandungi bahagian untuk mengisi maklumat peribadi mangsa bencana itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Keadaan banjir yang melanda Terengganu bulan lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Nadma nafi edar borang bantuan banjir
Agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.