Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian nahas pesawat Lion Air, JT610.
"Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan butiran terperinci mangsa yang terlibat.
"Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat di dalam kejadian ini. Pihak Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini," memetik kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Lion Air
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut mengenai kejadian ini boleh menghubungi pihak Kedutaan menerusi emel [email protected]/[email protected] atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036 (whatsapp).
Pesawat jenis Boeing 737-800 tersebut membawa seramai 188 orang penumpang termasuk seorang kanak-kanak, dua orang bayi serta tujuh orang krew, dalam penerbangan dari Jakarta ke Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung.
Usaha mencari dan menyelamat masih giat dilaksanakan oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) di lokasi kejadian.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 29 2018

Pihak Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini. - Foto Fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiga maut seorang hilang, bot Basarnas Indonesia meletup di perairan Tidore
Sebuah bot milik Basarnas meletup di perairan Gita, Pulau Tidore, Maluku Utara pada Ahad malam, mengorbankan tiga nyawa manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.

3 diselamatkan selepas hanyut di laut rupanya lanun Selat Melaka, Selat Singapura
Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menyelamatkan tiga individu pada Isnin selepas terkandas di laut sebelum mereka ditahan kerana dipercayai lanun.

Empat maut bangunan runtuh di Kalimantan Selatan
Empat orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan.

Kapal bawa 181 penumpang dan 14 kru terbakar di Maluku, Indonesia
Sebuah kapal penumpang, KM Karya Indah yang membawa 181 penumpang dan 14 kru kapal terbakar di Perairan Pulau Limafatola, Sanana, di Maluku Utara, Indonesia.

Gempa Sulawesi: Angka korban meningkat kepada 84
Gempa di Kepulauan Sulawesi Indonesia Jumaat lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 84 mangsa setakat Isnin.

Nahas Sriwijaya Air: Pasukan penyelamat fokus cari lokasi pesawat terhempas
Ia merupakan fokus mereka malam ini, sebelum proses mencari dan menyelamat dilakukan esok.

Jenazah mangsa lemas Teluk Cowie selamat dikebumikan
Jenazah dibawa ke rumah ibu bapanya di Taman Apas Permai, Batu 15 Apas selepas selesai proses bedah siasat untuk disembahyangkan.

Tsunami Selat Sunda: Haiwan terancam turut diselamatkan
Laporan BBC menyatakan penyu yang diselamatkan adalah daripada spesis penyu sisik (eretmochelys imbricata) yang termasuk dalam kategori haiwan terancam.

Tahap amaran Anak Krakatau dinaikkan ke kedua paling berbahaya
Status amaran terhadap Gunung Berapi Anak Krakatau dinaikkan ke tahap kedua paling berbahaya, dengan menetapkan zon pengecualian sejauh 5km, menurut pihak penguatkuasa Indonesia.