BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki yang cuba memecah sebuah mesin deposit tunai dan pengeluaran wang (CDM) di sebuah bank di Lintang Bukit Penara, Balik Pulau, malam tadi.
Lelaki berusia 39 tahun dan tidak bekerja itu ditahan pada jam 10 malam selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan kejadian.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, sebaik menerima laporan, polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memberkas suspek.
"Siasatan di lokasi kejadian mendapati satu daripada dua masin CDM di bank berkenaan mengalami kerosakan di tempat pengeluaran wang dan pintu penghadang mesin berkenaan akibat perbuatan suspek," katanya.
"Bagaimanapun, suspek gagal memecahkan mesin CDM itu sebelum ditangkap polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Hasil siasatan awal, polis percaya penjenayah berkenaan mengunakan sebatang besi disyaki komponen kenderaan dalam cubaan memecah mesin CDM berkenaan," ujarnya.
Katanya, suspek masih bujang dan mempunyai empat rekod lampau melibatkan dadah.
Suspek yang tinggal di George Town itu dikatakan datang ke Balik Pulau dengan menaiki bas untuk melakukan perbuatan tersebut.
"Polis tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
Kamarul Rizal berkata suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 380/511 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jun 24 2021
Suspek berjaya ditahan ketika sedang memecahkan mesin CDM di Balik Pulau pada malam Rabu. - Foto PDRM
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Naik bas ke Balik Pulau untuk pecah mesin pengeluaran tunai
Polis menahan seorang lelaki yang cuba memecah sebuah mesin deposit tunai dan pengeluaran wang (CDM) di sebuah bank di Lintang Bukit Penara, Balik Pulau.