IPOH: Langkah kerajaan Pusat meluluskan peruntukan bagi menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, akan mengatasi isu keselamatan pengguna selain memberi manfaat ekonomi kepada Perak dan Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perkara itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, adalah bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur di Perak, khususnya jalan raya.
"Kita ucap terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana beri keutamaan kepada Jalan Persekutuan di Perak, khususnya JRTB Gerik-Jeli, yang mendapat banyak aduan daripada pengguna kerana sering berlakunya kemalangan akibat keadaan jalan yang rosak.
"Alhamdulillah kerajaan Persekutuan ambil maklum kepentingan kerja-kerja penambahbaikan jalan berkenaan hasil usaha yang dilakukan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang berjumpa sendiri Anwar pada Januari lalu sebelum pembentangan Belanjawan 2023, bagi membincangkan mengenai penggantian struktur laluan JRTB," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Anwar ketika pembentangan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 di Dewan Rakyat, mengumumkan kelulusan peruntukan menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli bagi memberi keselesaan kepada pengguna laluan itu yang semakin bertambah.
Ogos lepas, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menambah baik Lebuhraya Timur Barat di Gerik-Jeli sebagai tambahan kepada peruntukan dalam Belanjawan 2023, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi JRTB Gerik-Jeli bernilai RM75.676 juta.
Sementara itu, seorang pengguna Nik Kamarul Ariffin Nik Abd Kadir, 39, berkata langkah itu memberi kelegaan kepada pengguna yang selama ini menyifatkan laluan itu tidak begitu selamat kerana sudah terlalu 'uzur'.
"Macam saya sebulan dua kali pasti akan gunakan laluan itu dan saya tiada pilihan lain dan keprihatinan kerajaan ini memberikan kelegaan kepada pengguna JRTB," katanya yang berulang-alik Batu Gajah ke Pasir Mas.
Seorang lagi pengguna, John Bunyan, 35, berkata, paling menggerunkan jika pengguna melalui jalan itu pada waktu malam kerana terpaksa berdepan risiko kenderaan rosak.
"Pengguna yang selalu gunakan laluan ini sudah tahu di mana lubang besar atau jalan yang rosak jadi kalau waktu malam bolehlah agak-agak, jika tidak, siap sedia untuk rim kereta anda bengkok atau tayar pecah," katanya dan menambah pemandu juga perlu berhati-hati dengan haiwan liar khususnya kawanan gajah melintas.
Bagi Ahmad Yusri Ahmad Cabi, 40, penambahbaikan laluan Gerik-Jeli itu sudah lama ditunggu masyarakat setempat termasuk mereka yang sering menggunakan laluan itu ke negeri jiran.
"Saya memang dah lama tunggu laluan ini dilakukan penambahbaikan sebab sudah lama rungutan pengguna disuarakan dan ia juga penting untuk pembangunan, selain merancakkan sosioekonomi yang menghubungkan negeri-negeri berjiran," katanya yang berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana berjaya menyuarakan rungutan pengguna kepada kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

MOHAMMAD NIZAR: Kita ucap terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana beri keutamaan kepada Jalan Persekutuan di Perak, khususnya JRTB Gerik-Jeli. - Gambar fail BERNAMA

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelepasan air empangan dilaksanakan secara berperingkat - Exco Perak
Pihak berkuasa negeri Perak sedang memulakan strategi melalui pelepasan air secara terkawal di kesemua empangan termasuk loji rawatan air (LRA).

Kepala air: Kajian lokasi bina jambatan Bailey selesai, memuaskan - Nizar
Kajian terhadap struktur tanah bagi menentukan kesesuaian lokasi jambatan Bailey bagi menggantikan sementara Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh telah selesai.

Kepala air: Kerajaan Perak cadang pasang siren amaran di Sungai Slim
Kerajaan Negeri Perak bercadang memasang siren amaran di Sungai Slim supaya penduduk lebih bersiap siaga menghadapi bencana seperti banjir dan kepala air.

Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco
Operasi Pembenihan Awan bakal dilaksanakan di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai, namun bergantung kepada cuaca seperti disarankan MetMalaysia.

Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.

2.5 juta kenderaan dijangka masuk Perak menjelang Tahun Baharu Cina
Lebih 2.5 juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan jalan Persekutuan menjelang Tahun Baharu Cina ini.

Monsun Timur Laut cuti kakitangan JKR, JPS Perak dibeku - Exco
Cuti bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, dibekukan sejak minggu lepas menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Dua bas mula beroperasi esok atasi isu ketidakhadiran pelajar di Bidor - Exco
Operasi itu merangkumi 25 hentian dari Terminal Bas Tapah hingga Terminal Bas Sungkai.

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Naik taraf JRTB Gerik-Jeli atasi isu keselamatan, beri manfaat ekonomi
Kata Mohammad Nizar, ia bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur di Perak.