Persatuan pengusaha-pengusaha Stesyen Minyak Malaysia (PDAM) pada Sabtu mendesak kerajaan menaikkan kadar komisen petrol dan diesel bagi menampung kos operasi yang meningkat.
Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menegaskan margin keuntungan yang rendah disebabkan pelaksanaan harga apungan mingguan bakal menyebabkan operasi stesen minyak terjejas.
Jelasnya, kos operasi yang tinggi termasuk kenaikan kadar gaji minimum menjadi antara penyumbang tekanan kepada operator stesen minyak.
“Sekarang ini, komisen kami adalah 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel (seliter), tetapi kami tidak dapat sepenuhnya kerana ada yang ditolak sebagai yuran lesen operator kepada syarikat minyak antara 75 sen hingga 3 sen.
“Kami minta kerajaan menaikkan kepada 15 sen setiap liter. Kalau tengok di serata dunia, seperti di India, mereka naik 55 peratus kerana kenaikan gaji. Kami sudah 10 tahun tak naik,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.
Menurutnya, jika ia gagal dilaksanakan, operator stesen minyak hanya mampu menjalankan operasi selama 18 jam sehari.
“Sekiranya tidak naikkan komisen, kami tiada pilihan. Kami dibenarkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk beroperasi 18 jam dan kami terpaksa, saya rasa semua sekali akan kembali kepada 18 jam sehari,” kata Khairul Annuar.
Beliau sebelum itu mengadakan perjumpaan bersama dengan ahli-ahli PDAM daripada 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi membincangkan dengan lebih lanjut hasil keputusan kerajaan mengapungkan dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan.
Pada program itu juga, mereka turut menandatangani satu memorandum secara bertulis dan dalam talian untuk diserahkan kepada perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, esok.
Tambahnya, sekiranya permintaan itu gagal dilaksanakan, lebih banyak stesen minyak akan terjejas selain menghentikan operasi.
Mengikut rekod, hampir 100 stesen minyak seluruh negara ditutup pada tahun lepas terutama selepas pelaksanaan sistem sama oleh Kerajaan sebelum ini.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Dec 29 2018

Khairul Annuar menegaskan margin keuntungan yang rendah disebabkan pelaksanaan harga apungan mingguan bakal menyebabkan operasi stesen minyak terjejas. -fotoBERNAMA

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Bukan ugutan, tapi demi kelangsungan perniagaan - PDAM
Cadangan pelaksanaan operasi stesen minyak 18 jam sehari adalah alternatif dalam meneruskan kelangsungan perniagaan pengusaha stesen minyak.

Naikkan komisen atau operasi stesen minyak cuma 18 jam sehari - PDAM
Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menegaskan margin keuntungan yang rendah disebabkan pelaksanaan harga apungan mingguan bakal menyebabkan operasi stesen minyak terjejas.