KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya.
Dari kandang tertuduh di Mahkamah Persekutuan hari ini, ahli politik berusia 69 tahun itu berkata, sepanjang minggu lepas, beliau menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu terhakis secara perlahan-lahan.
"Bukan kerana ketiadaan merit tetapi kerana saya tidak diwakili. Saya mendapati keputusan Mahkamah Yang Mulia ini meskipun menghalang peguam saya menarik diri, hakikatnya saya masih tidak diwakili.
"Yang Arif, saya merayu agar mahkamah tidak mengambil hati dengan apa yang saya luahkan, tetapi ini adalah apa yang saya rasakan. Sebagai seorang tertuduh dan perayu di peringkat akhir kes, perasaan inilah yang paling teruk, iaitu apabila menyedari badan kehakiman menentang saya dengan cara yang paling tidak adil," kata beliau ketika membaca pernyataan 20 muka surat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, inilah kali pertama beliau menukar peguam atas sebab yang munasabah dan ini juga kali pertama permohonan penangguhan dalam tempoh empat bulan, tidak seperti kes lain apabila penangguhan kira-kira 70 kali dibenarkan oleh mahkamah.
"Dikatakan bahawa tertuduh adalah orang paling penting dalam mahkamah jenayah, namun saya berasa dianiaya dan saya rasa perbicaraan yang adil tidak diberikan kepada saya," katanya.
Najib berkata malah, membandingkan kesnya dengan kes berprofil tinggi terakhir, perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh dikatakan rayuannya telah melalui jalan pantas untuk sampai ke tahap ini.
"Anwar mengambil masa tujuh tahun dengan lebih 70 penangguhan untuk sampai ke peringkat ini. Kes SRC telah mengambil masa empat tahun, dua tahun daripadanya terjejas akibat pandemik itu dan tidak kurang daripada tujuh prosiding lain, jenayah dan sivil terhadap saya.
"Seperti yang saya katakan, saya juga tidak pernah memohon penangguhan dalam rayuan ini selain pertukaran peguam cara dan peguam bela saya," katanya.
Najib berkata, beliau tidak malu untuk mengatakan bahawa beliau terdesak, sepertimana litigan lain yang berada dalam situasi beliau kerana apa yang beliau putuskan akan meningkatkan peluangnya untuk meningkatkan kualiti penghujahan pada rayuan.
"Yang Arif, keputusan saya kini menyebabkan saya tiada peguam. Walaupun Tuan Haji Hisyam Teh Poh Teik datang dengan niat yang paling mulia, beliau tidak dapat mewakili saya dengan efektif kerana beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan atau meneliti dan saya menganggap beliau dan pasukan peguam cara ditamatkan perkhidmatan setakat 18 Ogos 2022 kerana telah dijelaskan oleh Tuan Haji Hisyam bagi pihak pasukan bahawa mereka tidak bersedia untuk berhujah dalam rayuan, dalam keadaan mereka tidak bersedia sepenuhnya.
"Yang Arif, bolehkah saya bertanya kepada mahkamah ini, adakah saya harus dipersalahkan dan dihukum kerana bergantung kepada nasihat peguam cara dan peguam saya sendiri?" soalnya.
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas Menteri Kewangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Najib, 69, pada 8 Dis 2021, gagal membatalkan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022

Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya. - Gambar BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.