Kementerian Pertahanan menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kononnya Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak tahu Boustead Holdings Berhad telah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang.
Menurut Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Amin Shah Iskandar, bekas Perdana Menteri itu hanya meneliti tajuk pengumuman surat penerimaan dan langsung tidak membaca isi kandungannya sehingga gagal memahami sebab Pejabat Menteri Pertahanan memaklumkan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang masih belum dimuktamadkan.
"Pengumuman kepada Bursa Malaysia hanya mengatakan tentang Surat Tawaran dan Surat Penerimaan untuk hotel milik Boustead Holdings Berhad itu.
"Pengumuman kepada Bursa Malaysia itu turut jelas menyatakan Surat Tawaran tersebut tertakluk kepada beberapa syarat antaranya ialah pembeli diberikan Masa Eksklusif selama satu bulan bermula 19 Februari 2019 untuk melakukan penilaian atau aktiviti "due diligence" kepada hotel dan Boustead," kata Amin Shah dalam kenyataan media pada Jumaat.
Amin Shah berkata, Boustead juga tidak seharusnya memberi respons kepada sebarang siasatan, cadangan mahupun perbincangan serta mengadakan perjanjian atau persefahaman dengan pihak lain sepanjang tempoh Masa Eksklusif diberi.
Tambahan pula, katanya, dalam tempoh Masa Eksklusif itu, pelaksanaan perjanjian jual beli bagi kedua-dua pihak juga akan dilaksanakan.
"Syarat-syarat yang diperuntukkan bagi pelupusan cadangan akan termasuk, antara lain, kelulusan berkanun dan pengawalseliaan yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia dan Bursa Singapura," ujar beliau lagi.
Faris Danial Razi
Fri Mar 01 2019
![Najib tidak faham isi kandungan pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia Najib tidak faham isi kandungan pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551414034_NAJIBMATSABU.jpg)
Mohamad Sabu sangkal dakwaan Najib kononnya beliau tidak tahu Boustead Holdings Berhad telah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
![LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638318366_BousteadHoldingsBh.jpg)
LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) dengan pegangan saham berjumlah kira-kira 97.63 peratus.
![Tawaran pengambilalihan LTAT dalam BHB menjadi tidak bersyarat Tawaran pengambilalihan LTAT dalam BHB menjadi tidak bersyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658853105_TBLTAT.jpg)
Tawaran pengambilalihan LTAT dalam BHB menjadi tidak bersyarat
LTAT berhasrat untuk mengumumkan bahawa tawaran pengambilalihan ke atas Boustead Holdings Berhad menjad tidak bersyarat selepas berjaya memenuhi syarat sebelum tarikh tutup pertama tawaran.
![LTAT keluar tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada BHB LTAT keluar tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada BHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638318366_BousteadHoldingsBh.jpg)
LTAT keluar tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada BHB
Lembaga Tabung Angkatan Tentera hari ini mengumumkan bahawa telah mengeluarkan Notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat (Tawaran) kepada Lembaga Pengarah Boustead Holdings.
![Najib tidak faham isi kandungan pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia Najib tidak faham isi kandungan pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551414034_NAJIBMATSABU.jpg)
Najib tidak faham isi kandungan pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia
Bekas Perdana Menteri dikatakan hanya meneliti tajuk pengumuman surat penerimaan dan langsung tidak membaca isi kandungannya.