Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perubahan dua dasar bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Perdana menteri berkata perubahan dasar pertama ialah menaikkan had kelayakan isi rumah daripada RM10,000 kepada RM15,000 dan kedua, memendekkan tempoh menjual dan menyewa (moratorium) rumah daripada 10 tahun kepada lima tahun.
"Ini semua adalah langkah kerajaan yang sangat komited bagi membolehkan rakyat terutama golongan sasar dapat memiliki rumah PR1MA ini," katanya padam sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Komuniti PR1MA@Kedah di Residensi PR1MA Puteri Jaya 1 di sini hari ini.
Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.
Najib berkata pada masa yang sama harga rumah PR1MA tetap tidak berubah iaitu 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
"Saya lihat di sini harga rumah contoh PR1MA adalah pada harga RM270,000 berbanding RM470,000 untuk rumah yang hampir sama pada harga yang ditawarkan di luar sana (pihak swasta)," katanya.
Beliau berkata apa yang lebih penting dengan langkah kerajaan ini rakyat akhirnya akan dapat memiliki harta dan kekayaan melalui agihan daripada kerajaan seperti memiliki rumah idaman mereka.
"Ini saya tekankan rakyat akan memiliki aset harta yang lebih besar dan kerajaan sangat memberi komitmen agar rakyat dapat memiliki rumah yang mereka idamkan," katanya.
Najib juga gembira dengan langkah yang dilakukan PR1MA untuk memudahkan orang ramai memohon rumah melalui kaedah 'satu bumbung' iaitu semua urusan untuk memohon rumah hanya diadakan di satu tempat.
"Di situ pemohon boleh memilih lot rumah, memohon pinjaman dan khidmat guaman hanya di bawah satu bumbung dan langkah ini sangat menjimatkan masa dan tenaga," katanya.
Najib berkata langkah kerajaan memudahkan proses pinjaman perumahan melalui Bajet 2017 yang diumumkan membolehkan semakin ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah.
Katanya kerajaan menyasarkan sebanyak 500,000 unit rumah PR1MA akan dibina oleh Perbadanan PR1MA Malaysia pada masa akan datang.
Sebelum itu Najib dan Rosmah turut melawat rumah PR1MA di sini dan menyerahkan replika 'kunci' kepada 10 pemilik rumah.
Sebanyak 2,744 unit rumah dibina di residensi ini membabitkan harga antara RM100,000 hingga RM400,000. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017

Datuk Seri Najib Razak mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA, Datuk Mutalib Alias (kiri) semasa meninjau rumah PR1MA@Sungai Petani pada Majlis Meraikan Komuniti PR1MA hari ini. --fotoBERNAMA

Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa
Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Mac 2025
Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu ini didorong sentimen positif dan minat baharu terhadap saham kukuh.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Ketegangan Perdagangan Global: Strategi Pelaburan di Malaysia Bersama Mohd Sedek Jantan
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, membincangkan impak ketegangan perdagangan global terhadap ekonomi Malaysia, sektor yang berpotensi, dan strategi pelaburan yang bijak dalam menghadapi ketidakpastian pasaran.
Ringgit diunjur terus bertahan, cecah 4.41-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu ini.
Building resilience and success in women entrepreneurship
Many women entrepreneurs in Malaysia face deep-rooted challenges, from funding limitations to knowledge gaps in branding and financial management. This discussion with Founder, Yellow Tree Malaysia, Alleena Abdullah explores key strategies to accelerate their success while ensuring long-term business sustainability.
Naratif kepimpinan wanita, perlu evolusi atau revolusi?
Politik, korporat, ‘boys club’ dan stereotaip – bagaimana wanita Malaysia boleh menembusi halangan ini? Bersama Dinie Fadil, pengasas GAPS Malaysia, kita kupas cabaran sebenar wanita dalam dunia politik dan korporat.

Apple kini aktif bangunkan AirPods dilengkapi kamera
Secara kasar, ia dilihat sebagai alternatif pantas oleh Apple kepada kaca mata pintar yang ditawarkan oleh pesaing lain.
AWANI Ringkas: KPM larang jualan gula-gula bentuk vape di sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.
AWANI Ringkas 10 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Mac 2025
1️⃣ KPM larang jualan gula-gula bentuk vape di sekolah
2️⃣ Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat, Pattani
3️⃣ Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
#awaniringkas
1️⃣ KPM larang jualan gula-gula bentuk vape di sekolah
2️⃣ Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat, Pattani
3️⃣ Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
#awaniringkas

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.