GEORGE TOWN: Tiga premis makanan diarahkan tutup selepas pemeriksaan menemui najis tikus dalam stor menyimpan bahan mentah ketika pemeriksaan menerusi Op Tegas oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini hari ini.
MBPP dalam kenyataan berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.
"Operasi disertai 11 pegawai Jabatan Pelesenan dibantu dua pegawai Jabatan Penguatkuasa serta dua pegawai Bahagian Perhubungan Awam, bertujuan memantau premis makanan di bahagian pulau, Pulau Pinang supaya menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.
"Lima premis telah diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup, selepas pemeriksaan pada stor penyimpanan bahan mentah didapati berbau air kencing tikus yang seterusnya membawa kepada penemuan najis tikus," menurut kenyataan itu.
MBPP berkata kesemua lima premis makanan terbabit turut diberi Notis Tentang Kesalahan (NTK) mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 47(1) kerana didapati tidak menyelenggara perangkap minyak.
MBPP menerusi Jabatan Pelesenan, sentiasa mengambil langkah proaktif dengan menjalankan pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis makanan di bawah kendaliannya mengikut standard ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

MBPP berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991. - Facebook MBPP

Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu hanya dikenakan jika disediakan di luar premis yang diluluskan
Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

MBPP arah dua premis makanan ditutup serta-merta
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan dua premis makanan di sekitar Daerah Barat Daya ditutup serta-merta susulan penemuan najis tikus selain lantai dapur didapati kotor.

‘No pork, no alcohol’ tidak semestinya halal, kerajaan galak premis mohon SPHM
Istilah halal adalah merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan menepati aspek Syariah.

Pengusaha premis makanan mesti patuh amalan pengendalian makanan yang selamat - KKM
Semua pengusaha premis makanan dan pengendali makanan perlu sentiasa amalkan amalan baik semasa pengendalian makanan dan patuh keperluan ditetapkan.

PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.

Pelaksanaan Akta 852 galak persekitaran sihat, selamat untuk semua
Rakyat Sarawak menyifatkan akta yang diwartakan pada 2 Feb lepas itu penting untuk melindungi kesihatan orang ramai.

Sembilan premis makanan kotor diarah tutup
Sembilan premis makanan yang didapati kotor telah diarahkan ditutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.

RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM
Kompaun itu hasil aktiviti penguatkuasaan terhadap 18,178 premis sepanjang Mac lepas dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.

DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.