SEREMBAN: Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.
Katanya, vokalis kumpulan Lefthanded itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki Nash dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain ketika dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.
“Kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai melanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan membabitkan beberapa luka di badan.
Astro Awani
Tue Apr 20 2021
Vokalis kumpulan Lefthanded itu Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut. - Gambar/ Ihsan pembaca
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Konsert Megahitz 3 Dekad Vol.1: Persembahan luar biasa sembilan legenda muzik tanah air
Menampilkan sembilan penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Datuk Hattan, Man Bai, Ramlah Ram, Zur Eda, Noorshila Amin, Andy Flop Poppy, dan Amir Masdi.
Nash cedera kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada Selasa.
Konsert Lefthanded di Kelantan bukan batal, tapi ditunda - Penganjur
Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 13 Februari ini ditunda ke bulan Mac.
Nash tidak peduli tanggapan orang ramai
Aniq, dilaporkan bakal ke Akademi FC Malaga City sekali gus memberikan sinar cerah buat perkembangan bola sepak negara.
"Derma buah pinggang buat suami, pengorbanan Dayangku Intan buat ramai kagum" - Nash
Pengorbanan Dayangku Intan kepada suami menjadi buah mulut netizen.
Kerajaan Naning beri gelaran 'Datuk' untuk artis Malaysia?
Beberapa pelakon dan penyanyi Malaysia baru-baru ini dilaporkan dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran 'Datuk'.
'The Apprentice Asia': Nazril Idrus masih kekal
Nazril Idrus menjadi wakil tunggal negara untuk bersaing dalam program 'The Apprentice Asia' dimana tugasan kini menjadi semakin mencabar.