Restoran rangkaian makanan segera tempatan, Marrybrown Malaysia, menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas memberi lebih 10,000 kotak nasi lemak secara percuma dalam sehari di semua cawangannya di seluruh negara.
"Secara peribadi, hidangan (nasi lemak) mencerminkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia kerana setiap menu pada pinggan nasi lemak sama penting, sama seperti rakyat Malaysia berusaha untuk lebih sejahtera ketika bersatu dan hidup harmoni," kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Joshua Liew.
"Dalam membawa sentimen ini kepada realiti, kami bangga memberi penghormatan kepada 'Hidangan Kebanggaan Kita' dengan menjadikan 1 Ogos sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown, mulai tahun ini," katanya kepada media selepas menerima sijil MBOR daripada Pengurus Pejabat MBOR, Lee Pooi Leng, di sini, pada Sabtu.
Menurut Liew, sejak 39 tahun lalu, Marrybrown telah membawa sesuatu yang berbeza kepada peminatnya seperti menjadi rangkaian restoran makanan segera menyajikan nasi lemak, syarikat francais QSR pertama tempatan dan jenama QSR halal pertama tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
"Marrybrown mampu mencapai sejauh ini dengan penampilan ini hasil sokongan dan dorongan daripada pelanggan kami. Oleh itu memberikan 10,000 kotak nasi lemak khas ini adalah penghargaan yang bermakna bagi kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020

Revathy S Rengasamy bersama bungkusan nasi lemak untuk diagihkan kepada pengunjung restoran pada Majlis Marrybrown Hari Nasi Lemak 'Most Number Of Nasi Lemak Packs Distributed In Multiple Locations' di Johor Bahru, 1 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
[TERKINI] Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

PM Thailand arah tindakan keras di seluruh negara terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik (e-rokok).

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.
Israel hantar kereta kebal ke Tebing Barat
Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan penyerahan tahanan Palestin, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, dihentikan.
Nenek berusia 73 tahun rugi RM4 juta dalam 3 bulan
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di aplikasi Facebook, dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Pengurangan petugas tidak jejaskan kualiti perkhidmatan
Pengurangan lima peratus petugas tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Februari 2025
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Mat Kilau masuk senarai 'Top 10' di lebih 15 buah negara, tangga keempat di Israel
Dalam carta global 'Top 10' filem bukan berbahasa Inggeris dari tempoh 12 hingga 18 September 2022 pula, Mat Kilau meraih tempat kelima.

Nasi Lemak Marrybrown masuk carta MBOR
1 Ogos dijadikan sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown, mulai tahun ini.

Ed Sheeran dinobat 'Artis Sepanjang Dekad UK' selepas 79 minggu berada di tangga No 1 dalam carta
Penyanyi dan juga penulis lagu United Kingdom, Ed Sheeran dinobatkan sebagai "Artis sepanjang dekad UK " selepas berjaya memecahkan rekod bagi lagu nombor satu dalam carta Britain.

Selepas 20 tahun, Backstreet Boys kembali juarai carta Billboard
Album DNA mencatat jualan 227,000 unit selepas dilancarkan pada 25 Januari lalu.