KUALA LUMPUR: Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak mencuri perhatian netizen hari ini selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih untuk majlis pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.
Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu menyarung cincin kepada pasangannya.
"Congrats Uncle Jay @nazir.razak," katanya menerusi Instragam Storynya di sini, pada Jumaat.
Yati merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.
Majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di media sosial beliau.
Tony memuat naik beberapa keping foto memberi bayangan dengan kapsyen yang mengundang spekulasi, dan ia dibalas Nazir.
"Getting ready to look beautiful for my bestie for his big day," kata Tony.
"Thank you bro. Our love for you isn't dependent on how you look, in case you didn't know that," balas Nazir.
Astro AWANI difahamkan satu majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara, malam ini (Jumaat).
Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Sri Datuk Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Pasangan ini dilaporkan bercerai pada 2023.
Umavathi Ramayah
Fri Nov 17 2023
![Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700195213_TBNazirRazakjpg.jpg)
Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan Nazir Razak menyarung cincin kepada pasangannya. - Foto IG Ashman Najib
![Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615626639_oldpeople.jpg)
Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.
![JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727329120_JPA.jpg)
JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.
![Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah
Ia disifatkan satu langkah strategik yang boleh memperkukuh pendapatan pesawah, sekali gus memastikan keterjaminan makanan negara.
![MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024 MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734499053_TBZAFRUL.jpg)
MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
![Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700195213_TBNazirRazakjpg.jpg)
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.