KUALA LUMPUR: Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bertekad akan menggunakan pendekatan menyeluruh untuk menggalakkan pertumbuhan Ekonomi Peduli.
Presiden NCWO Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menjelaskan, pertumbuhan Ekonomi Peduli berpotensi menarik pelaburan, mewujudkan pekerjaan, terutamanya untuk B40, wanita dan belia.
Menurut beliau, ia juga dapat mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah, meningkatkan produktiviti dan keseimbangan kehidupan kerja serta mengekalkan wanita dalam tenaga kerja.
Dalam satu kenyataan, Dr Sharifah Hapsah menjelaskan NCWO mengalu-alukan rangka kerja dasar untuk Ekonomi Madani yang digariskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perundingan merentas sektor dan pelbagai peringkat telah memberi semangat kepada rangka kerja dengan tumpuan yang kukuh terhadap kesejahteraan rakyat sambil menggalakkan ekonomi yang berdaya saing.
"NCWO berbesar hati dengan penekanan pada Ekonomi Penjagaan dan aspek perlindungan sosial yang akan membantu dalam mengurangkan beban penjagaan tidak bergaji yang terlalu banyak ditanggung oleh wanita dan selalunya sebab mereka tidak kekal dalam tenaga buruh," katanya.
Pada Khamis, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara.
Perdana Menteri berkata, kerangka itu akan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.
Astro Awani
Thu Jul 27 2023

Dr Sharifah Hapsah menjelaskan NCWO mengalu-alukan rangka kerja dasar untuk Ekonomi Madani yang digariskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Inisiatif ekonomi penjagaan tingkat penyertaan wanita dalam pasaran buruh
Langkah kerajaan menyediakan pusat jagaan mampu milik menerusi inisiatif Ekonomi Penjagaan mampu meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh.

NCWO sambut baik rangka kerja dasar untuk Ekonomi Madani
Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menjelaskan pertumbuhan Ekonomi Peduli berpotensi menarik pelaburan, mewujudkan pekerjaan, terutamanya untuk B40, wanita dan belia.

Penambahan 50 taska mampu tingkat jumlah pekerja wanita
Langkah itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyediakan fasiliti bagi ibu bekerja yang gusar untuk meninggalkan anak mereka dalam jagaan pengasuh dan khuatir dengan risiko keselamatan anak mereka.
Najib kongsi pengalaman di Gaza dengan anggota NCWO
Beliau berkongsi kisah penderitaan dan kesusahan yang dialami penduduk negara itu berikutan keganasan rejim Zionis Israel, dengan lebih 1,000 anggota NCWO.