KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) semalam mengumumkan dan menyampaikan anugerah pemenang Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023.
MGTC dalam satu kenyataan berkata 23 pemenang daripada tiga kategori -- Pengurusan Tenaga, Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui -- akan mewakili Malaysia dalam Anugerah Tenaga ASEAN dari 24 hingga 25 Ogos ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kementerian itu menganjurkan NEA setiap tahun sejak 2018 untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan dan penerimagunaan amalan tenaga lestari merentas semua industri, menjadikannya sejajar dengan komitmen Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan.
"Malaysia memerlukan setiap orang memainkan peranan mereka dalam perlumbaan kita ke sifar bersih dan peserta NEA sudah pasti mendahuluinya dengan idea, inovasi dan pelaksanaan mereka untuk kita semua ikuti.
"Saya pasti lebih banyak perniagaan akan mendapat inspirasi daripada contoh diberikan mereka dan ingin menyaksikan lebih banyak penyertaan dalam edisi NEA yang akan datang," katanya dalam kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, 114 penyertaan pada tahun ini menawarkan penjimatan tenaga digabungkan melebihi 1.34 GW dalam bentuk penjimatan elektrik bersamaan dengan pengurangan pengeluaran karbon lebih daripada 23,000 tan metrik setahun, yang patut dipuji.
Pemenang kategori pengurusan tenaga ialah Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin di Melaka, Hospital Tangkak dan Hospital Pontian di Johor, Lembaga Pelabuhan Johor, Micron Semiconductor Malaysia, Ramatex Textiles Industrial, Indah Water Konsortium Klang Selatan dan Butterworth Selatan.
Sementara itu pemenang bagi kategori kecekapan tenaga ialah Sekolah Antarabangsa Tzu Chi, PJ Midtown, Lembaga Pelabuhan Johor, Kenanga Tower, Lotus's Bukit Mertajam. Hospital Sultanah Maliha, Menara PJH, IOI City Mall Fasa 1, Spritzer ASRS Warehouse and Projek Lebuhraya Usahama (PLUS) Berhad.
Pemenang bagi kategori tenaga boleh diperbaharui, ialah Proton Tanjung Malim, reNIKOLA Holdings, Sime Darby Plantation Renewable Energy, TONIBUNG, Ranhill SAJ, Sabah Softwoods, SIRIM Berhad, Alam Flora Environmental Solutions dan H2 Energy.
Untuk maklumat lanjut NEA 2023, sila lawati laman sesawang rasmi:www.nationalenergyawards.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

NRECC menganjurkan NEA setiap tahun sejak 2018 untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan dan penerimagunaan amalan tenaga lestari merentas semua industri, menjadikannya sejajar dengan komitmen Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.
Pasca perang Syria: EU gantung sebahagian sekatan terhadap Syria
Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria berkuat kuasa serta-merta pada Isnin, termasuk sekatan berkaitan tenaga, perbankan, pengangkutan, dan pembinaan semula.
A.S tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Amerika Syarikat bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine pada Isnin, dalam perubahan mengejut daripada dasar Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.
Konflik di Ukraine: Trump: Putin terima cadangan eropah hantar pasukan pengaman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerima cadangan Eropah untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
Tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan
Tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

NEA 2023: Penghargaan kepada usaha ke arah kelestarian 29 entiti
23 pemenang daripada tiga kategori akan mewakili Malaysia dalam Anugerah Tenaga ASEAN dari 24 hingga 25 Ogos ini.