KUALA LUMPUR: Menteri-menteri pertahanan dari lima negara anggota Pengaturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) menyatakan komitmen mereka untuk mencapai lima fokus utama dalam meningkatkan lagi hubungan kerjasama keselamatan serantau bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama antara lima negara FPDA akan memberi fokus kepada peperangan kelas atasan dengan pengenalan kepada aset generasi ke-5, meningkatkan misi menangani keganasan dan keselamatan maritim domain bukan tradisional.
Dua lagi fokus adalah untuk meningkatkan keselamatan siber secara berperingkat dan meneruskan program pemerhati sebagai ketelusan dan jaminan dengan rakan serantau.
"Semasa mesyuarat hari ini, pemimpin-pemimpin lima negara anggota menyatakan komitmen berterusan ke atas lima tumpuan yang digariskan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-11 (FDMM) dan sambutan Ulang Tahun FPDA ke-50 di sini, pada Khamis.
Sidang media turut dihadiri secara maya oleh Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen; Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton; Menteri Pertahanan New Zealand, Peeni Henare dan Menteri Angkatan Bersenjata UK, James Heappey.
Kesemua lima anggota FPDA turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang juga dilakukan secara maya sebagai kesinambungan kepada persepakatan dalam kerjasama keselamatan serantau
Kali ini, Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri Pertahanan FPDA ke-11 (FDMM) dan sambutan Ulang Tahun FPDA ke-50.
Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan, mendepani strategik FPDA, proses, struktur organisasi dan rancangan masa depan, perkara itu akan menggunapakai prinsip 3R iaitu Remit, Relevant dan Reassurance.
Astro Awani
Thu Oct 21 2021
Hishammuddin pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FDMM ke-11 dan Sambutan Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) ke-50 hari ini. - Foto FDPA
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Malaysia, New Zealand sahkan komitmen kerjasama di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen mereka terhadap kerjasama serantau di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Lima negara tekan kepentingan FPDA sebagai peraturan pertahanan telus
Kelima-lima negara turut menekankan kepentingan FPDA sebagai peraturan pertahanan yang telus, konstruktif dan aman serta menyumbang kepada landskap keselamatan serantau.
PM Ismail Sabri ucap tahniah ulang tahun ke-50 FPDA
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Negara anggota FPDA perkukuh kerjasama tangani ancaman keselamatan - Hishammuddin
Menteri-menteri pertahanan dari lima negara anggota FPDA menyatakan komitmen mereka kepada pakatan itu untuk mencapai lima fokus utama dalam meningkatkan lagi hubungan keselamatan serantau.
Jangan cemas lihat pesawat pejuang terbang rendah Khamis ini - Kementerian Pertahanan
Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan bimbang dengan kelibat dan bunyi enjin pesawat pejuang yang terbang rendah di ruang udara Lembah Klang mulai esok hingga Khamis ini.
Sah sama sekali bagi Malaysia bangunkan selanjutnya Batuan Tengah - Dr Ng
Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen berkata adalah sah bagi Malaysia untuk membangunkan selanjutnya Batuan Tengah.