KUALA LUMPUR: Lagu-lagu patriotik antaranya, lagu Setia, Inilah Barisan Kita, Tanggal 31 Ogos juga Warisan dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, sehingga kini masih malar segar dan tersemat dalam sanubari walaupun sudah beberapa dekad dihasilkan.
Terdapat juga lagu patriotik berunsurkan perpaduan dan kenegaraan ciptaan baharu yang berjaya mencuri minat pendengar dengan selitan muzik hip hop seperti Negaraku, hasil kerjasama empat penyanyi popular, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir.
Selain itu, lagu Malaysia nyanyian Faizal Tahir, Standing In The Eyes of The World (Ella) dan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dendangan Khair Bahar dan Aina Abdul mempunyai lirik serta melodi yang mampu menyemarakkan semangat cintakan tanah air yang tercinta ini, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Biarpun ini dilihat sebagai satu perkembangan positif, namun kebanyakan komposer mahupun penulis lirik yang menghasilkan lagu sebegini adalah 'individu yang sama' dan majoritinya sudah meniti usia warga emas, kata Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia, Datuk Mokhzani Ismail, 62.
"Selain saya, biasanya komposer lagu patriotik adalah Datuk Johari Salleh, Tan Sri Ahmad Merican melalui lagu Tanah Pusaka, Datuk Ibrahim Bachek, Datuk Wah Idris, ini semua orang lama.
"Ada juga yang dah meninggal dunia seperti Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Allahyarham Saiful Bahri menerusi lagu Barisan Kita. Bukan sahaja komposer, penulis lirik lagu patriotik pun tak ramai, yang ada Datuk Habsah Hassan, Siso Kopratasa, kita nak ramai lagi seperti Faizal Tahir, Affan Mazlan," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga pemimpin Orkestra RTM berkata, situasi kekurangan pelapis dalam penghasilan lagu patriotik adalah kerana tidak ramai yang berminat untuk menerokai pembikinan lagu berkenaan yang disifatkan tidak mempunyai nilai komersial.
Hakikatnya, Malaysia perlu mempunyai lebih ramai lagi komposer serta penulis lirik dalam kalangan orang muda bagi menghasilkan lagu berunsurkan perpaduan mengikut trend dan kehendak semasa sebagai usaha berterusan industri hiburan meniupkan semangat patriotisme masyarakat.
Malah, perkara ini juga pernah mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menggalakkan lebih ramai pengkarya muzik tempatan menghasilkan lagu patriotik kerana ia bukan sahaja meraikan hari penting tersebut tetapi juga mengingatkan kepentingan hidup aman dan harmoni.
"Anggapan ia tidak mempunyai nilai komersial, harus berubah kerana kita dapat melihat lagu-lagu patriotik masa kini seperti Faizal Tahir, Aina Abdul, turut mendapat perhatian masyarakat dan digemari," kata Mokhzani yang turut menggubah beberapa lagu patriotik seperti Cemerlang Gemilang Terbilang juga lagu tema Merdeka 2020, Malaysia Prihatin nyanyian Ernie Zakri serta Menang Bersama dendangan Faizal Tahir.
Isu lagu patriotik ini turut diulas penyanyi legenda Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih popular sebagai DJ Dave yang menyarankan semua artis perlu berganding bahu serta berusaha menghasilkan lagu patriotik, sebagai antara tanggungjawab seorang rakyat negara ini.
"Bukan hanya (menghasilkan) lagu cinta sahaja, kita tidak boleh pentingkan diri, semua orang kena sumbangkan (lagu perpaduan). Sekurang-kurangnya dalam 10 lagu (yang dihasilkan), adalah sebuah lagu berunsur perpaduan, ia akan memainkan peranan penting dalam keharmonian negara kita," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis penyampaian hadiah wang tunai RM10,000 yang diterimanya daripada Rotary Club of Ara Damansara (RCAD) kepada surau, gereja dan tiga kuil, baru-baru ini.
Wang RM10,000 itu adalah hadiah yang beliau menangi selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Special Award for Unity kelab itu baru-baru ini atas kepimpinannya dalam projek lagu patriotik bertajuk 'Setia Perpaduan'.
"Penglibatan penggiat seni menyemarakkan semangat perpaduan sangat penting memandangkan mereka mempunyai pengaruh serta aura tersendiri. Selain lagu, mereka juga boleh memperbanyakkan hantaran berkaitan perpaduan di media sosial masing-masing.
"Lebih-lebih lagi, artis muda yang mempunyai pengikut yang tinggi (di media sosial), ramai yang akan menerima manfaat. Setiap artis di negara ini, boleh diangkat sebagai duta perpaduan, kerana mereka mempunyai pengaruh tinggi," kata pelantun lagu Kini Ku Menangis Lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Mokhzani berkata, situasi kekurangan pelapis dalam penghasilan lagu patriotik adalah kerana tidak ramai yang berminat untuk menerokai pembikinan lagu berkenaan yang disifatkan tidak mempunyai nilai komersial. - Gambar fail/BERNAMA
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

15 lagu patriotik bergema sempena Hari Pahlawan 2024
Setiap ketibaan tetamu akan diiringi lagu berbeza serta signifikan dengan bidang tugas masing-masing.

Negara perlukan lebih ramai pengkarya lagu patriotik
Komposer mahupun penulis lirik yang menghasilkan lagu sebegini adalah 'individu yang sama' dan majoritinya sudah meniti usia warga emas.

Kontroversi lagu 'Hello Kuala Lumpur' di YouTube cetus kemarahan netizen Indonesia
Lagu yang dimuat naik sejak tahun 2018 itu mempunyai lirik dan melodi yang mirip dengan lagu patriotik Indonesia, 'Helo-Helo Bandung'.

Melaka pertimbang premis swasta disyaratkan perdengar lagu Negaraku setiap Isnin
Semua pejabat jabatan dan agensi kerajaan diwajib memperdengarkan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada pukul 10 pagi setiap Isnin.

Insan di sebalik lagu 'Standing In The Eyes Of The World' imbas cerita lama
Apabila sebut Standing In The Eyes Of The World, orang terus kaitkan dengan Ella tapi tak semua tahu, ada empat lagi penyanyi popular pernah menyatakan hasrat untuk menanyikan lagu itu.

Izzue Islam dedah cabaran hasilkan lagu sempena merdeka
Menurut Izzue, bukan mudah menghasilkan lagu tersebut kerana dia perlu menyusun ayat yang mudah difahami buat semua lapisan masyarakat dan umur.

Gabungan suara YB dalam 'Setia'
12 ahli politik termasuk yang bergelar Yang Berhormat bergabung rakam suara untuk Projek Merdeka Astro AWANI.

Kak Chah tidak kecil hati tidak disenarai sebagai penulis lirik 'Setia'
Habsah Hassan akui tidak tahu menahu namanya tidak dikreditkan sebagai penulis lirik, sehinggalah beberapa tahun lepas.

Kuasa muzik menyatukan rakyat - Saidah Rastam
Lagu patriotik masih memberi kesan mendalam terhadap generasi muda negara khususnya apabila dinyanyikan semula secara harmoni dan dihayati maksudnya.