SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mempertimbang untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka terutama di kawasan tertutup sekiranya kes COVID-19 di negeri itu menunjukkan peningkatan mendadak.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia sebagai langkah pencegahan awal supaya perkara lebih buruk tidak berlaku namun ketika ini, kes COVID-19 di negeri itu masih dalam keadaan terkawal.
"Tempat yang kita wajibkan mungkin di jabatan kerajaan dan sekolah tetapi itu kalau kes naik mendadak... keadaan sekarang masih terkawal dan kita antara negeri terendah kes COVID-19," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM) di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri akan mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa sambutan Hari Keputeraan ke-75 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 14 Jan ini, yang dijadual berlangsung di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.
Aminuddin berkata dalam pertemuannya dengan Tuanku Muhriz, baginda turut mencadangkan supaya pemakaian pelitup muka digalakkan dalam program yang membabitkan kehadiran ramai di negeri itu.
Menyentuh mengenai NeSCOM, beliau berkata ia merupakan pusat koordinasi maklumat dan logistik dengan data seperti paras air sungai, tanah runtuh, keadaan jalan raya serta ramalan cuaca yang akan dipapar bagi membantu kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Katanya NeSCOM di bawah kelolaan Angkatan Pertahanan Awam negeri melibatkan pelbagai jabatan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Meteorologi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia sebagai langkah pencegahan awal supaya perkara lebih buruk tidak berlaku namun ketika ini, kes COVID-19 di negeri itu masih dalam keadaan terkawal. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalamualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.

Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.

Hampir 2,000 meriahkan Assalamualaikum RaRa 2025 di Negeri Sembilan
Program Assalamualaikum RaRa 2025 bertemakan 'Meriah Lain Macam' menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan masjid.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.