KOTA KINABALU: Stesen minyak di sekitar Semporna sesak dipercayai berpunca daripada sikap segelintir nelayan yang mengisi minyak menggunakan tong plastik dan kereta sorong untuk membeli bahan api berkenaan.
Hasil pemeriksaan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah mendapati, pemilik bot penambang dan bot pelancong juga melakukan perkara sama yang mana mereka membuat pembelian petrol RON95 dan diesel yang diangkut menggunakan kereta sorong dari stesen minyak di sekitar Semporna.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, ZuLfamy Mat Udi berkata, pihaknya maklum mengenai situasi kegiatan pembelian minyak petrol RON95 dan diesel menggunakan tong plastik yang diangkut menggunakan kereta sorong di stesen minyak di Semporna.
"Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiga faktor utama yang menyumbang kepada aktiviti pembelian petrol dan diesel menggunakan tong plastik di stesen-stesen minyak di Semporna adalah disebabkan aktiviti mengisi minyak oleh nelayan tempatan.
"Faktor kedua, bot penambang yang digunakan sebagai pengangkutan utama oleh penduduk tempatan berulang-alik sama ada untuk tujuan bekerja atau membeli barangan keperluan harian dari pulau-pulau yang berhampiran di dalam daerah Semporna ke pekan Semporna.
"Faktor ketiga adalah kegiatan bot pelancong yang mendapatkan bekalan minyak bagi menjalankan aktiviti pelancongan berikutan pembukaan aktiviti perniagaan pelancongan pada masa kini, namun pemilik bot pelancongan ini telah mendapatkan kebenaran melalui permit khas yang dikeluarkan oleh KPDNHEP," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sehubungan itu, KPDNHEP Cawangan Semporna telah mengambil inisiatif dengan mengesyorkan kepada nelayan, pemilik bot penambang serta bot pelancong untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak berlesen yang terletak di Kampung Selamat, Semporna.
"Ini memandangkan kedudukan stesen itu terletak di tepi laut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 01 2022
Aktiviti pembelian petrol dan diesel menggunakan tong plastik dan kereta sorong menyebabkan kesesakan pada stesen minyak di sekitar Semporna. - Foto Sinar Harian
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Nelayan beli minyak guna kereta sorong punca stesen minyak sesak
Pemilik bot penambang dan bot pelancong disyorkan mengisi minyak di stesen minyak berlesen di Kampung Selamat.