Polis Kelantan mengesahkan seorang nelayan lelaki warga Vietnam, maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku pada pukul 11.40 malam tadi, kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh.
"Siasatan awal polis mendapati anggota APMM yang sedang menjalankan rondaan di bawah Op Kuda Laut, telah menahan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang menceroboh perairan negara.
"Ketika bot berkenaan ditahan, berlaku provokasi menyebabkan anggota APMM berkenaan telah melepaskan tembakan dan terkena tubuh mangsa yang berumur kira-kira 30-an itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Shafien berkata tembakan yang dilepaskan oleh anggota APMM berkenaan adalah ketika bertugas dan mempunyai peruntukan undang-undangnya yang tersendiri.
Beliau berkata mayat nelayan warga asing itu telah dibawa ke darat dan sedang menunggu untuk dibedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh hari ini, manakala baki 12 nelayan asing yang berada di dalam bot berkenaan juga sedang dibawa ke darat oleh APMM ketika ini untuk siasatan lanjut.
Katanya buat sementara waktu, pihaknya menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan.
"Pihak kami masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan kes ini kerana APMM Kelantan masih belum membuat laporan polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
SHAFIEN: Pihak kami masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan kes ini kerana APMM Kelantan masih belum membuat laporan polis. - Gambar fail
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
APMM selamatkan harta bernilai lebih RM1.5 bilion sepanjang 2024
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mencatatkan lebih RM1.5 bilion bagi jumlah nilai harta yang diselamatkan dalam operasi menyelamat maritim sepanjang tahun lepas.
APMM Sandakan rekod RM90.32 juta nilai rampasan tahun ini
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan merekodkan RM90.32 juta nilai rampasan membabitkan 67 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan di sekitar perairan ini tahun ini.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.