KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Sabtu telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM600,000 kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia Felda bagi membantu mereka merencana program dengan lebih baik di masa depan.
Jumlah itu meliputi sumbangan RM300,000 kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), RM200,000 kepada Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) dan RM100,000 kepada Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada).
Presiden MBFM, Muhammad Fadzli Hasan berkata, sumbangan itu pastinya akan dimanfaatkan terutama bagi membantu mempercepatkan dan menyelesaikan beberapa perkara seperti projek perumahan generasi baharu FELDA.
"Sebelum nak bina rumah, kena selesaikan dahulu isu berkaitan pemilikan tanah lot. Pengurusan Felda sudah adakan libat urus dengan MBFM dan KAF untuk lihat sejauh mana kita boleh memberi bantuan.
"Saya jangka awal Mac kita akan bergerak dari wilayah ke wilayah untuk memberi penerangan dan panduan tetapi ini tidak mudah sebab kerajaan negeri ada akta dan undang-undang sendiri, jadi kena lihat satu persatu dan kita sedia bekerjasama, dari peringkat kebangsaan hingga rancangan," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 sebelum ini, kerajaan memperkenalkan model pembangunan perumahan berasaskan konsep bina sendiri bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah di kawasan FELDA dan mengumumkan skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion untuk membantu generasi kedua yang tidak ada slip gaji tetapi boleh buat pinjaman dan dijamin kerajaan.
BACA: Kerajaan setuju lantik wakil belia Felda dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda - PM
Ketika ini, dianggarkan kira-kira 440,000 generasi baharu Felda tinggal di 317 tanah rancangan di seluruh negara.
"Sebahagian besar yang menetap di tanah rancangan bekerja dalam rancangan Felda sebagai peniaga, usahawan, buat kerja-kerja ladang, malah ada yang menjadi peneroka ganti.
"Justeru, penting untuk mereka terus berada di situ dan kerana itu diwujudkan program Dari Bandar Ke Felda kerana kita lihat peluang untuk tambah pendapatan dan pekerjaan di Felda sangat luas dengan banyak inisiatif daripada kerajaan," jelasnya.
Beliau juga melihat pelantikan wakil belia sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Felda sebagai satu cara memantapkan lagi institusi belia Felda, selain memberi pengiktirafan kepada golongan itu.
"Ini tanggungjawab dan kepercayaan dari kerajaan untuk kita bawa suara anak-anak peneroka terus kepada pihak atasan.
"Di bawah pimpinan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh, proses pemimpin pelapis sudah dijalankan sejak tahun lepas, di mana setiap rancangan Felda, Ketua Blok, Penolong Ketua Peneroka Rancangan dan Wilayah diisi oleh anak peneroka bawah usia 50 tahun.
"Ini juga langkah untuk pastikan kesinambungan kepimpinan selain membolehkan suara generasi Felda sampai ke pihak atasan," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Sun Feb 13 2022

Ketika ini, dianggarkan kira-kira 440,000 generasi baharu Felda tinggal di 317 tanah rancangan di seluruh negara. - Gambar hiasan/Bernama

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.