KUALA LUMPUR: Kegusaran seorang ibu tentang kelewatan anak bongsunya yang masih belum bersunat walaupun sudah berusia 12 tahun berakhir, apabila anaknya diberi peluang berkhatan secara percuma.
Aliyatul Hisman, 46, berkata Muhammad Nur Firdaus Nabinoh, sepatutnya menjalankan kewajipan sebagai lelaki Islam itu sejak tahun lepas lagi, namun kekangan kewangan membataskan hasratnya itu.
"Dia (Firdaus) berasa takut dan saya pula tidak mampu membayar kos bersunat kerana kalau pergi ke klinik swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM450.
"Suami tidak lagi bekerja, nasib baik Pertubuhan Jejak Jalanan menawarkan program bersunat, alhamdulillah," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Selain Muhammad Nur Firdaus, program tajaan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan itu turut melibatkan tujuh lagi kanak-kanak dan dua dewasa mualaf daripada golongan asnaf dan fakir di Chow Kit, di sini.
Presiden PERDIM Dr Boi Saidi Abdul Razak berkata inisiatif itu dilaksanakan bertujuan mengurangkan beban kos berkhatan kepada penduduk asnaf dan fakir di Chow Kit, sekali gus memberi pendedahan dan kesedaran kepada mereka untuk berkhatan kerana ia adalah amalan yang dituntut kepada lelaki Islam.
"Sebelum ini, kita pernah membuat perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada golongan ini dan mendapati keadaan kesihatan mereka tidak terjaga dan kebanyakannya menghidapi penyakit kulit.
"Kita juga mendapati ramai kanak-kanak lelaki di sini masih belum bersunat, oleh itu kita mengambil inisiatif untuk memberikan perkhidmatan berkhatan percuma kepada mereka," katanya.
Menurut Dr Boi Saidi, kos berkhatan di klinik swasta boleh mencecah antara RM180 hingga RM250 bagi kanak-kanak manakala bagi golongan dewasa boleh menginjak sehingga RM500 hingga RM800.
"Jadi kita ambil inisiatif ini untuk memanjangkan perkhidmatan kita kepada golongan kurang mampu sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada mereka yang memerlukan," katanya yang berhasrat memperkenalkan program anak angkat khas buat golongan itu, tidak lama lagi.
Setakat ini, selain menawarkan perkhidmatan berkhatan percuma, PERDIM turut menjalankan beberapa aktiviti termasuk pemberian 200 pek makanan dan sumbangan RM2,500 bagi tujuan pengubahsuaian sebuah bilik keluarga fakir.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan Azhan Adnan, 54, berpendapat setiap bantuan yang disalurkan ke atas anak-anak lorong yang serba daif itu adalah demi menunaikan tuntutan fardu kifayah.
"Asalnya, saya bermula dengan menyumbangkan pek makanan kepada mereka pada setiap Jumaat bersama-sama dua atau tiga rakan. Namun, saya tidak mahu bersikap 'Touch N Go' sebaliknya mengambil tanggungjawab untuk menyelami kehidupan sebenar mereka," katanya yang lebih mesra disapa sebagai ayah dalam kalangan anak-anak jalanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Antara gelagat anak-anak asnaf yang mendapat perkhidmatan berkhatan percuma pada program tajaan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan di Chow Kit baru-baru ini. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

NGO prihatin, bantu anak asnaf di Chow Kit berkhatan percuma
Program tajaan PERDIM dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan itu turut melibatkan tujuh lagi kanak-kanak dan dua dewasa mualaf.

Firaun Amenhotep I didapati berkhatan
Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia sekitar antara 1506 dan 1504 Sebelum Masihi.

21 maut ketika berkhatan di Afrika Selatan
Insiden malang ini dipercayai berpunca daripada kekurangan sokongan dan kemudahan untuk menjalankan prosedur tersebut.

Kepala alat sulit terpotong, remaja saman hospital kerajaan
Lelaki berusia 18 tahun itu mendakwa kecuaian itu telah menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan.

Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah
Seorang doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas, hari ini didakwa atas tiga pertuduhan.

Tiga beradik Cina sertai majlis berkhatan
Walaupun bukan satu kewajipan tetapi amalan dan kesedaran mengenai kebaikan berkhatan dalam kalangan orang bukan Islam juga semakin tinggi.

KKM akan tetapkan SOP untuk khidmat berkhatan - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan akan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kaedah berkhatan bagi semua hospital kerajaan, pusat perubatan serta klinik swasta.

KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung satu lagi kes melibatkan kanak-kanak yang terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan.

Najib saran syarikat tempatan eksport teknologi khatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar syarikat tempatan memperluaskan pemasaran teknologi berkhatan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga mengeksportnya.